Penunggang e-skuter didenda $4,500 kerana tumbuk muka warga emas
Jul 24, 2019 | 05:30 AM
SEORANG penunggang e-skuter hampir melanggar seorang lelaki warga emas yang berjalan ke arahnya, namun bukannya kata-kata maaf yang dilafazkan, penunggang tersebut mengekori lelaki itu ke bloknya, memaki hamun beliau dan menumbuk mukanya.
Lim Kim Joo, 55 tahun, mengaku bersalah terhadap tuduhan menyerang dan didenda $4,500 semalam.