Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penunggang motosikal dipenjara setelah cederakan wanita tua di laluan pejalan kaki

Dec 17, 2019 | 05:14 PM



SEORANG penunggang motosikal yang mengambil jalan pintas untuk pulang ke rumah dengan menggunakan motosikalnya di laluan pejalan kaki lalu melanggar seorang wanita tua telah dijatuhkan hukuman penjara.



Mahdi Abdul Siddig, 29 tahun, semalam (Isnin, 17 Dis)  mengaku bersalah bagi kesalahan menyebabkan kecederaan teruk daripada perbuatan cuai, dan telah dijatuhkan hukuman penjara dua minggu.



Pada 28 Januari 2019 pada sekitar 4.20 petang, Mahdi menunggang motosikalnya di laluan pejalan kaki di depan Blok 827 Tampines Street 81 pada kelajuan 26 hingga 31 kilometer sejam, lapor The Straits Times.



Dia terlanggar Cik Elsie Chan Geak Keow, 71 tahun, yang terjatuh dan tidak sedarkan diri.

Cik Chan turut mengalami beberapa keretakan di wajahnya, tulang selangka dan kaki kirinya.



Mahdi berhenti untuk membantu Cik Chan dengan serta-merta dan memanggil ambulans.



Mahkamah juga diberitahu Mahdi telah memberikan sekitar $400 kepada Cik Chan untuk membayar keperluan perubatannya, iaitu keseluruhan jumlah wang yang ada pada dirinya ketika itu.



Bagi kesalahan tersebut, Mahdi boleh dipenjara sehingga dua tahun, didenda sehingga $5,000 atau kedua-duanya sekali.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >