SEORANG penunggang motosikal berusia 36 tahun meninggal dunia setelah motosikalnya berlanggar dengan sebuah treler di Ekspreswe Ayer Rajah (AYE) semalam (27 September).
Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata penunggang itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh paramedik.
Menurut The Straits Times (ST), Kemalangan itu berkalu di AYE menuju ke Tuas, dekat jalan keluar Benoi Road pada 4.30 petang.
Polis masih menyiasat punca nahas.