Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penuntut prihatin prospek kerja, hargai sokongan tingkat kemahiran

Oct 23, 2022 | 05:30 AM



CIK Fatima Hasseena Abdul Aziz sering dibelenggu kebimbangan beliau akan pulang ke tanah air tanpa mendapatkan pekerjaan selepas memutuskan untuk menceburi bidang Syariah Islam.



Bekas pelajar Madrasah Al-Ma'arif Al-Islamiah yang kini melanjutkan pengajiannya di Universiti Yarmouk, Irbid, Jordan berkata beliau rasa takut sekiranya tiada jawatan kosong menanti sesudah pulang ke Singapura, dan jikalau itu berlaku, beliau merancang memulakan perniagaan pelancongan bersama keluarganya.



Mahasiswa berusia 22 tahun itu berkata ketidaktentuan sebegitu dihadapi ramai bakal asatizah muda kerana mereka mempunyai tanggapan bahawa jawatan kosong dalam bidang Islam agak terhad.



Malah, dari segi gaji juga, beliau mendapat tahu dari rakan yang sudah lulus bahawa ia tidak setimpal dengan kemahiran dan kelayakan mereka.



"Rata-rata apabila pulang, laluan yang 'paling selamat' adalah untuk menjadi guru madrasah. Ada yang selepas tamat pengajian di sini, mereka pulang ke Singapura untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang lain, dan tidak semestinya menceburi bidang Islam.



"Ada yang memulakan perniagaan dan sebagainya. Jadi ia tidak tentu apa yang kami akan lakukan sesudah pulang nanti," kata Cik Fatima yang juga Naib Presiden Persatuan Pelajar Singapura di Jordan (Siraj) ketika ditemui.



Menteri di Pejabat Perdana Menteri Dr Mohamad Maliki Osman yang telah bertemu dengan lebih 70 pelajar Singapura di Jordan di Amman, meyakinkan semula pelajar tersebut bahawa prasarana dan ekosistem pembangunan profesional asatizah sudah disediakan apabila mereka pulang ke tanah air.



Selain itu, perkembangan terkini di Singapura turut termasuk adanya Garis Panduan Gaji Umum Asatizah (CSG) yang bakal diperkenal secara bertahap mulai tahun depan.



Cik Fatima yang pendidikannya turut terjejas akibat Covid-19 di mana sekitar separuh korikulumnya diadakan secara dalam talian di Singapura, menyambut baik usaha-usaha sebegitu.



Beliau berkata ia satu petanda masyarakat Singapura ingin memberi pengiktirafan kepada asatizah setaraf profesional dalam sektor lain.



"Saya berharap masyarakat di Singapura memberi lebih pengiktirafan terhadap asatizah yang telah bermastautin dan melanjutkan pendidikan Islam mereka secara formal di universiti terkemuka seperti di Al-Azhar, di Mesir, di Jordan dan sebagainya dan bukan menganggap kami sebagai guru ngaji sahaja.



"Namun landskap sektor pendidikan Islam di Singapura juga agak mencabar sebab ramai juga yang mengikuti asatizah influencer (pempengaruh) yang turut membawa sedikit tekanan kepada kami - adakah kami harus mengikut cara sebegitu untuk meletakkan diri kami di luar sana," katanya.



Merujuk kepada program Sijil Possiswazah Islam Dalam Masyarakat Kontemporari (PCICS), Cik Fatima berkata menerusi program itu, sekurang-kurangnya mereka mempunyai latihan secara profesional yang dapat mengkaitkan apa yang dipelajari di luar negara kepada konteks Singapura.



"Saya kira ini satu langkah yang penting, kerana kami diberi peluang meningkatkan kemahiran dan membina diri kami sebagai profesional dan juga - kami tidak dipandang rendah oleh orang ramai," katanya.



"Namun ketidaktentuan mendapat pekerjaan yang kami inginkan sesudah lulus dari sekolah tetap membelenggu pelajar seperti kami."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >