Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penutupan jalan, kelewatan lalu lintas dijangka sekitar Suntec dari 11 hingga 16 November bagi Sidang Puncak Asean ke-33

Nov 06, 2018 | 05:03 PM



PEMANDU yang menuju ke kawasan sekitar Pusat Pameran dan Konvensyen Antarabangsa Singapura Suntec dari Ahad (11 November) hingga Jumaat (16 November) harus menjangkakan kelewatan lalu lintas akibat penutupan jalan raya bagi Sidang Puncak Asean ke-33 dan persidangan yang berkaitan.



Dalam satu kenyataan bersama hari ini (6 November), Pasukan Polis Singapura (SPF) dan Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS) berkata akan terdapat sekatan jalan dan pemeriksaan keselamatan yang ketat bagi memastikan keselamatan sidang puncak itu.



Kawasan yang dikelilingi Bencoolen Street, Beach Road, Nicoll Highway, Fullerton Road dan Victoria Street, antara lain, telah diisytiharkan sebagai Kawasan Acara Khas Keselamatan Dipertingkat dari Selasa depan hingga Khamis depan.



Beberapa jalan dan lorong akan ditutup untuk memudahkan urusan keselamatan bagi acara tersebut.



Dari 11 ​​malam Isnin depan hingga 11.59 malam Jumaat depan, lorong paling kanan di Raffles Avenue (antara jalan masuk ke tempat letak kereta Singapore Flyer dan tiang lampu 6F), dua lorong kanan Raffles Avenue (antara tiang lampu 6F dan 14F) dan Temasek Avenue akan ditutup kepada lalu lintas.



Lorong paling kiri Nicoll Highway ke arah Esplanade Drive akan ditutup dari 10 malam pada Ahad hingga 5 pagi Jumaat depan.



Dan dari 10 malam Selasa depan hingga 5 pagi Jumaat depan, dua lorong kiri Raffles Boulevard, serta jalan raya Temasek Boulevard ke arah Rochor Road akan ditutup.



Pemandu dinasihatkan agar merancang perjalanan mereka lebih awal kerana lalu lintas dijangka bergerak perlahan, kata kenyataan itu.



Kenyataan itu menambah bahawa papan tanda jalan akan dipasang di sepanjang jalan raya yang terjejas menjelang sidang puncak itu.



Selain itu, disebabkan penutupan dua lorong di Raffles Avenue, laluan bas antara Temasek Avenue dan Esplanade Drive akan dibuka kepada semua kenderaan dari Selasa depan hingga Jumaat depan.



Dari Isnin depan hingga Jumaat depan, CAAS akan menetapkan kawasan terhad sementara di tengah Singapura di bawah Perintah Navigasi Udara.



Kawasan ini bermula dari aras tanah hingga 600 kaki di atas paras laut purata.



Dalam tempoh ini, orang awam dilarang menerbangkan dron atau menjalankan aktiviti udara lain, seperti bermain layang-layang, di kawasan itu kecuali dibenarkan oleh CAAS.



Orang yang memasuki kawasan acara khas dalam tempoh ini boleh diberkas jika didapati dengan barang-barang yang dilarang, seperti bahan mudah terbakar, bahan letupan dan pembesar suara. Mereka boleh dikenakan denda maksimum $20,000 atau dipenjara sehingga 12 bulan, atau kedua-duanya.



Pemimpin dari 10 negara Asia Tenggara, bersama rakan sejawat dari China, Amerika Syarikat, Jepun dan Russia, akan mengambil bahagian dalam sidang puncak itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >