Subuh
5:50
Syuruk
7:07
Zuhur
1:12
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:23

Penyair, penulis mapan A. Kadir Pandi meninggal dunia

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Penyair, penulis mapan A. Kadir Pandi meninggal dunia

Nov 25, 2021 | 04:15 PM

PENYAIR yang juga penulis mapan, Abdul Kadir Pandi, 70 tahun, telah meninggal dunia Khamis (25 Nov) setelah mengalami serangan jantung pada Sabtu lalu.
Beliau dirawat di Unit Jagaan Rapi (ICU) Hospital Tan Tock Seng (TTSH) sebelum menghembuskan nafas terakhir lewat pagi Khamis.
Allahyarham Abdul Kadir, yang menganggotai Kumpulan Angkatan Muda Sastera (Kamus) pernah bertugas sebagai penyelia di Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA).

Sepanjang penglibatannya dalam dunia penulisan, Allahyarham turut bertugas sebagai wartawan sambilan dan menyumbang pelbagai laporan perihal dunia seni, hiburan dan perkembangan sastera Melayu di Singapura, Malaysia dan Indonesia.
Sebagai penyair, beliau gigih berkarya dengan sajak beliau ‘Daun-Daun Berguguran’ yang diterbitkan di Berita Minggu pada 1975.

Sebagai penyair, Allahyarham Abdul Kadir pernah menerima Hadiah Sastera (Penghargaan) Majlis Bahasa Melayu Singapura  (MBMS) pada 1995 bagi sajaknya ‘Puisi Waktu (Buat Ibuku) dan Hadiah Sastera MBMS bagi puisi ‘Menjaring Mentari Hidupku’ pada 2009.
Allahyarham Abdul Kadir dikebumikan di pusara Abadi sekitar 4 petang Khamis.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3