Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penyakit otak tidak halang suri rumah bantu warga tua

Jun 07, 2017 | 05:30 AM



Tugas sukarelawan bukan mudah kerana mereka bukan sahaja perlu banyak berkorban masa, malah memberi khidmat kepada masyarakat. Berbekal niat ikhlas mahu membantu dan tekad mahu menyuntik keceriaan dalam kehidupan golongan warga tua, Cik Kamariah Tohid dan Cik Zainab Saini sanggup meluangkan masa bagi memastikan kesejahteraan mereka. Kededua merupakan sukarelawan dengan Jawatankuasa Penuaan Aktif Tampines Changkat - Wellness @ Tampines Changkat. Ikuti kisah mereka yang memberi inspirasi kepada semua. PUTRI MARDHIYAH YAZID (yputri@sph.com.sg) melaporkan.



WALAUPUN takdir menentukan seseorang menghidap penyakit dalam hayatnya, ia tidak bermakna individu tersebut harus berputus asa dan pasrah dengan keadaan hidupnya.



Cik Zainab Saini, 52 tahun, menghidap penyakit aneurisme otak atau pendarahan otak, sejak 2012.



Namun, beliau tidak menjadikannya alasan bersedih sepanjang masa.



Dalam keadaan sedemikian rupa, Cik Zainab, suri rumah sepenuh masa, tetap gagah menempuh cabaran yang ada di depan mata.



"Sebelum saya dapat tahu saya mengalami aneurisme otak, saya sering mabuk dan muntah. Rasa mabuknya lain sangat, sakitnya tidak seperti selalu.



"Pada mulanya saya tidak mengesyaki apa-apa, tetapi apabila saya ke satu majlis kahwin pada 2012, saya pengsan. Saya pun dihantar ke Hospital Tan Tock Seng dan doktor kemudian mengesahkan saya menghidap penyakit aneurisme otak," cerita Cik Zainab.



Beliau terpaksa membuat pembedahan di bahagian kelengkang di mana tiub besi dimasukkan ke dalam kelengkangnya yang bersambung dengan saluran otak yang berdarah. Tiub besi ini perlu berada dalam badannya secara kekal demi memastikan agar tiada peraliran darah pada saluran yang berdarah.



"Doktor memberi saya dua pilihan, sama ada saya jalani pembedahan terbuka atau pembedahan di bahagian kelengkang. Jadi, saya pilih men jalani pembedahan di kelengkang," kata Cik Zainab.



Beliau sudah pulih pada 2012 selepas menjalani tiga pembedahan memasang besi di bahagian kelengkangnya.



Namun, penyakit itu berulang tahun lepas.



"September lalu, saya mengalami simptom yang sama seperti pada 2012 iaitu mabuk dan muntah. Apabila dihantar ke hospital, doktor mengesahkan saya menghidap aneurisme otak buat kali kedua.



"Saya terpaksa menjalani pembedahan sebanyak empat kali tahun lepas," terang Cik Zainab.



Walaupun terpaksa menghadapi dugaan berat, Cik Zainab tetap tabah mengharungi liku-liku kehidupan.



Bagi menceriakan hari-harinya, beliau akan melakukan kerja sukarela dengan menziarahi warga emas di Tampines Changkat bagi memastikan mereka ceria dan sejahtera.



"Jika saya ada masa terluang, saya akan pergi ke rumah warga tua untuk bertanya khabar, melihat sama ada mereka dalam keadaan sihat atau beramah mesra dengan mereka.



"Kadang-kadang, kalau ada warga emas di sana hendak ke hospital, saya yang akan tolong hantar mereka," tambah Cik Zainab, yang menjadi sukarelawan di Jawatankuasa Penuaan Aktif Tampines Changkat - Wellness @ Tampines Changkat.



Kata ibu empat orang anak itu, beliau sudah melakukan kerja sukarela selama hampir 10 tahun.



Malah, baru-baru ini juga, Cik Zainab, bersama Jawatankuasa Penuaan Aktif Tampines Changkat - Wellness @ Tampines Changkat lain, telah meluangkan masa bersama penduduk warga emas di kawasan itu dalam aktiviti beriadah selama sehari yang dianjurkan Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) North East.



Selain menziarahi rumah warga emas Tampines Changkat, Cik Zainab, yang menjadi duta Generasi Perintis di Tampines Changkat, akan mengajak warga tua di sana mengunjungi pusat penjagaan warga tua seperti Rangkaian Masyarakat untuk Warga Tua (CNS) dan Agensi Penjagaan Bersepadu (AIC).



"Dengan berbuat demikian, kesihatan dan pengurusan diri mereka akan lebih terjaga," kata beliau.




"Jika saya ada masa terluang, saya akan pergi ke rumah warga tua untuk bertanya khabar, melihat sama ada mereka dalam keadaan sihat atau beramah mesra dengan mereka. Kadang-kadang, kalau ada warga emas di sana hendak ke hospital, saya yang akan tolong hantar mereka."
- Cik Zainab Saini, 52 tahun, yang menjadi sukarelawan dengan Jawatankuasa Penuaan Aktif Tampines Changkat - Wellness @ Tampines Changkat meskipun mengalami penyakit pendarahan otak.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >