Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penyelamat Singapura selamatkan budak lelaki dari bangunan runtuh di Turkey

Feb 09, 2023 | 04:17 PM



SEPASUKAN pegawai Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) di Turkey pada Rabu (8 Feb) menyelamatkan seorang budak lelaki daripada satu runtuhan bangunan susulan gempa bumi besar pada Isnin lalu.


Gempa bumi berukuran 7.8 magnitud itu telah menyebabkan lebih 15,000 maut di Turkey dan di wilayah barat laut jirannya Syria.


Banyak blok perumahan roboh, hospital pula musnah dan ribuan orang telah cedera atau kehilangan tempat tinggal.


Kanak-kanak lelaki itu ditemui di dalam bangunan runtuh berhampiran pusat gempa di bandar tenggara Kahramanmaras.


Dalam keadaan musim sejuk dengan suhu menjunam ke paras 2 darjah Celsius, pasukan Singapura bekerjasama dengan pasukan penyelamat Turkey dan Sepanyol untuk menyelamatkan budak lelaki itu dalam operasi selama tiga jam, kata SCDF dalam satu catatan Facebook.


Pasukan Sepanyol mengerahkan anjing pencari untuk menentukan lokasi budak itu, dibantu penggunaan skop gentian optik oleh pegawai SCDF untuk memastikan visual budak itu.


Tiga pasukan itu menggunakan peralatan pemotong dan pemecah untuk mencapai budak lelaki itu di bawah runtuhan dan berjaya menyelamatkannya pada kira-kira 11.45 Rabu malam (Khamis, 4.45 pagi waktu Singapura) dari sebuah bilik tidur di bangunan tiga tingkat itu.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >