Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DARI MAHKAMAH

Penyelia dipenjara gagal patuhi protokol keselamatan, sebab kematian

Jun 16, 2022 | 05:30 AM



SEORANG penyelia tapak pembinaan tidak mengendahkan protokol keselamatan dalam merobohkan struktur bangunan dan telah mengarah pekerjanya merobohkan beberapa bahagian rumah dua tingkat, bermula dari aras bawah.



Akibatnya, papak balkoni di atas kawasan di mana pekerja itu berada runtuh dan pekerja itu terbunuh, sedang seorang lagi pekerja mengalami keretakan tulang yang teruk.



Penyelia tersebut, warga Malaysia, Kong Chiew Fook, 53 tahun, dikenakan hukuman penjara 11 bulan semalam selepas mengaku bersalah atas perbuatan cuai sehingga menyebabkan kematian seorang pekerja dan kecederaan parah seorang yang lain.



Pegawai pendakwa Kementerian Tenaga Manusia (MOM), Encik Mohd Fadhli memberitahu mahkamah Kong sebelum ini bertugas sebagai pengurus pembinaan di Springview Enterprises dan bertanggungjawab menyelia pekerja bagi projek untuk membina semula rumah dua tingkat di Aroozoo Avenue di Hougang antara Disember 2018 dan Ogos 2019.



Untuk membina semula rumah itu, struktur sedia ada perlu dirobohkan dan pemilik rumah tersebut telah mendapatkan khidmat jurutera profesional Tiong Hoo Tuong untuk menyediakan pelan untuk merobohkan struktur itu, kenyataan kaedah dan lukisan struktur.



Kesemua itu diperlukan dalam memastikan kerja-kerja yang sewajarnya dibenarkan.



Hakim Daerah Janet Wang berkata Kong menunjukkan sikap tidak ambil endah.



"Kurangnya penyeliaan yang lebih terperinci atas kerja-kerja yang dilakukan ini amat jelas," katanya.



Menurut MOM, Springview dan pengarahnya turut didakwa kerana tidak mengambil langkah sewajarnya untuk memastikan keselamatan pekerja.



Atas kesalahan bertindak dengan cuai dan membahayakan orang lain, Kong boleh dipenjara sehingga dua tahun dan didenda maksimum $30,000.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >