Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bahas Belanjawan: KEMENTERIAN PENGANGKUTAN

Penyesuaian sistem COE motosikal jaya bendung bidaan spekulatif

Mar 04, 2023 | 05:30 AM



PENYESUAIAN pada sistem Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE) motosikal yang dilakukan pada Mac tahun lalu telah dapat menangani pembidaan spekulatif, sekali gus menghasilkan 450 COE Sementara (TCOE) yang dapat disalurkan kepada bekalan Kategori D bagi Mei hingga Julai ini.



Berkata demikian di Parlimen pada Jumaat, Menteri Pengangkutan, Encik S Iswaran, menerangkan jumlah tersebut adalah 15 peratus lebih tinggi daripada bekalan COE yang diramalkan daripada jumlah motosikal yang pendaftarannya dibatalkan.



"Menyusuli perubahan pada Mac tahun lalu, kadar penggunaan TCOE kekal tinggi pada bulan-bulan berikutnya mencerminkan permintaan dasar yang kukuh," kata Encik Iswaran.



"Bagaimanapun, pasaran kemudian pulih sendiri, dengan pelonggaran harga dan kadar penggunaan yang meningkat. Ini menunjukkan bahawa sistem berfungsi seperti yang diharapkan.



"Saya percaya pembeli dan pengedar motosikal akan mengambil kira perkara ini apabila membuat keputusan untuk membida atau membeli. Kami akan memantau teliti pasaran, dan akan mengambil langkah selanjutnya jika perlu - termasuk mengurangkan lagi tempoh kesahan TCOE, atau meningkatkan lagi deposit, seperti yang dicadangkan..." tambah beliau.



Encik Iswaran memberi penerangan tersebut sebagai menjawab pertanyaan Ketua Pembangkang, Encik Pritam Singh (GRC Aljunied) dan Encik Saktiandi Supaat (GRC Bishan-Toa Payoh) mengenai premium COE motosikal yang melambung tinggi.



"Kami memahami kebimbangan itu. Inilah sebabnya pemilik motosikal menerima layanan utama di bawah rejim pemilikan kenderaan semasa," kata Encik Iswaran.



Pemilik motosikal membayar harga Yuran Pendaftaran Tambahan, Cukai Jalan Raya dan Bayaran Elektronik Jalan Raya (ERP) yang lebih rendah berbanding jenis kenderaan lain, tambahnya.



Mac tahun lalu, Kementerian Pengangkutan (MOT) telah mengambil beberapa langkah untuk membendung pembidaan spekulatif oleh pengedar untuk COE motosikal.



Antaranya, tempoh kesahan TCOE dikurangkan kepada tiga bulan - turun daripada enam bulan. Deposit bida telah naik daripada $200 kepada $800.



Bekalan COE juga berdasarkan kuota purata pembatalan pendaftaran daripada empat suku sebelumnya dan bukannya hanya satu suku. Ini bertujuan untuk mengurangkan turun naik kitaran COE untuk semua kategori kenderaan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >