Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Peperiksaan bukan segala-galanya dalam laluan pendidikan: PM Lee

Sedang sekolah kurangkan peperiksaan, PM Lee gesa pelajar luangkan masa untuk CCA, timba ilmu di luar sukatan pelajaran
Jul 16, 2023 | 07:54 PM



Sedang Singapura mengalihkan tumpuannya kepada pembelajaran dan bukan hanya kepada keputusan peperiksaan, Perdana Menteri Encik Lee Hsien Loong mengingatkan pelajar bahawa peperiksaan bukanlah paling penting dalam laluan pendidikan mereka.

Berucap di majlis penyampaian anugerah pendidikan di Teck Ghee pada Ahad, beliau berkata: “Pendidikan adalah mengenai pembangunan diri, kepimpinan anda, kemahiran sosial anda, kemahiran emosi anda, keupayaan anda untuk bekerja dan meningkatkan diri, keupayaan anda untuk membuat sumbangan dan juga cara menjalani kehidupan yang baik dan berseronok.”

Pemerintah kini mengalihkan fokus pembelajaran dan bukan hanya pada keputusan peperiksaan, kata Encik Lee lagi.

Menjelang hujung 2023, semua sekolah rendah dan menengah tidak akan mengadakan lagi peperiksaan pertengahan tahun.

“Luangkan masa untuk CCA (kegiatan kokurikular) anda, dan belajar perkara yang bukan dalam sukatan teras pelajaran, dan bangun bukan hanya secara akademik, bahkan belajar nilai yang baik serta sikap untuk berjaya dalam kehidupan,” kata Encik Lee.

Katanya lagi: “Jika anda terlepas beberapa mata dalam peperiksaan, jangan risau - 20 tahun kemudian anda mungkin tidak ingat berapa banyak mata yang anda dapat dalam peperiksaan, atau langsung tidak ingat peperiksaan itu. Tetapi anda akan memperoleh pemahaman tentang subjek itu, meraih keupayaan untuk memahami dunia, menyumbang dan menjadi warga Singapura yang baik.”

Encik Lee, yang juga Anggota Parlimen GRC Ang Mo Kio, berkata majlis penyampaian anugerah itu sepatutnya diadakan lebih awal tetapi terpaksa ditangguhkan setelah beliau dijangkiti Covid-19. Kira-kira 120 kanak-kanak telah menerima anugerah dalam sesi itu.

Dalam ucapannya, beliau mengiktiraf kerja keras pelajar dan semua yang telah memainkan peranan serta memberikan dorongan kepada pelajar. Beliau turut menggesa pelajar untuk menyumbang kembali kepada masyarakat.

Menurut Encik Lee, pemerintah akan memastikan terdapat sekolah bermutu tinggi Singapura, sekali gus membantu pelajar mencapai potensi sepenuhnya.

Dalam ucapannya, Encik Lee juga menyentuh tentang usaha menjadikan sistem pendidikan lebih luas dan inklusif.

Menjelang 2024, pemerintah akan melaksanakan pengumpulan berdasarkan subjek secara penuh di semua menengah sekolah di Singapura.


Pelajar tidak lagi dibahagikan kepada aliran Ekspres, Normal (Akademik) dan Normal (Teknikal). Sebaliknya, semua pelajar akan mengambil mata pelajaran pada tahap yang sesuai dengan mereka, berdasarkan kekuatan dan minat mereka.


“Kami menyedari bahawa setiap pelajar adalah berbeza – sebahagian daripada anda berbakat dalam seni, ada yang dalam tarian, ada yang anda ahli sukan yang baik, ada yang lebih arif dalam Matematik atau Sains, jadi ini akan memastikan kami memberi anda sokongan yang anda perlukan dan memanfaatkannya sepenuhnya,” kata Encik Lee.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >