Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Peraduan antarabangsa dilancar bagi saranan reka bentuk tapak Peringatan Pengasas

Jan 10, 2019 | 03:55 PM



PERADUAN reka bentuk antarabangsa telah dilancarkan untuk mendapatkan saranan bagi tapak Peringatan Pengasas yang bakal dibina di Bay East Garden, Taman di Persisiran. 



Peraduan tersebut, yang dibuka hari ini, mengalu-alukan penyertaan jurubina seluruh dunia untuk menghantar konsep reka bentuk mereka untuk bersaing mendapatkan projek tersebut. 



Pengerusi Jawatankuasa Memperingati Pemimpin Pengasas Encik Lee Tzu Yang, berkata bahawa reka bentuk terpilih perlu “menghormati nilai-nilai yang menjadi asas pembangunan negara dan menggunakan tapak tersebut dengan baik." 



“Kami ingin ia menjadi ruang yang dapat dinikmati warga Singapura tidak kira usia, dan menjadi ikon yang dapat membanggakan warga Singapura untuk mereka berkongsi dengan generasi akan datang.” 



Peraduan ini akan diadakan dalam dua peringkat, dan peserta dikehendaki menghantarkan konsep reka bentuk mereka bagi peringkat pertama paling lewat April ini.



Panel pengadil akan menyeneraikan enam konsep yang terbaik, dan pendapat orang ramai mengenai reka bentuk tersebut akan dikumpulkan melalui bengkel dan acara yang diadakan. 



Reka bentuk terpilih akan diumumkan awal tahun depan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >