Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PERADUAN MENULIS CERPEN BH/NAC

Peraduan ditutup, terima sambutan diluar dugaan

35 peserta dipilih berpeluang ikuti 6 bengkel menulis dari Ogos hingga September
Jul 25, 2016 | 05:30 AM



PENYERTAAN bagi peraduan menulis cerpen Mencari Kristal anjuran Berita Harian-Majlis Seni Kebangsaan (BH-NAC) telah ditutup semalam dengan sambutan yang memberangsangkan.



Lebih 120 karya telah diterima dari peserta dari pelbagai lapisan masyarakat termasuk penulis bukan Melayu dan juga rakyat Malaysia dan Indonesia yang menetap di Singapura.



Karya-karya tersebut akan diadili pada pusingan pertama oleh barisan juri yang terdiri daripada penyunting kanan BH, Cik Dewani Abbas, penulis mapan Encik Hamed Ismail dan sasterawan Encik Juffri Supaat.



Seramai 35 peserta yang dipilih karyanya akan berpeluang untuk mengikuti enam bengkel menulis dari Ogos hingga September untuk mendalami ilmu menulis dan menghasilkan karya yang lebih baik.



Bengkel pertama yang akan diadakan pada 13 Ogos akan dibimbing oleh penulis Encik Hassan Hasaa'Ree Ali yang akan membincangkan cara mencorak idea menulis serta proses penceritaan dan penghasilan karya.



Para peserta yang terpilih juga berpeluang mempelajari cara menilai karya serta ketertiban dalam berkarya dengan bimbingan penulis mapan dan wartawan kanan BH, Encik Mohd Raman Daud, dalam bengkel yang dikendalikannya pada 27 Ogos.



Gaya membentuk karya 'thriller cinta' pula akan dibentangkan oleh penulis skrip sinetron terkenal dari Indonesia, Cik Henovia Rosalinda Caniago pada 10 September.



Penulis biografi orang-orang ternama, Cik Alberthiene Endah, pula akan mengendalikan bengkel pada 17 September di mana beliau akan berkongsi cara untuk menyampaikan maksud dalam cerita serta resipi karya 'thriller'.



Penerbit serta pemilik syarikat penerbitan Buku Fixi, Encik Amir Muhammad, pula akan membincangkan cara-cara untuk menarik perhatian penerbit dan memasarkan karya melalui bengkelnya pada 17 September.



Bengkel terakhir pada 24 September yang bakal dikendalikan oleh penulis terkenal di Malaysia Encik Faisal Tehrani pula akan membincangkan tip serta resipi karya yang baik dan juga untuk memahami kehendak penerbit dan pembaca.



Setelah tamat keenam-enam bengkel tersebut, peserta finalis dikehendaki menghasilkan satu lagi karya yang akan diadili oleh panel juri yang terdiri daripada Editor GAH BH, Cik Hanim Mohd Saleh, Encik Jamal Ismail, dan karyawan teater, Encik Noor Effendy Ibrahim.



Pemenang pertama akan menerima hadiah wang tunai $5,000 dan trofi manakala pemenang kedua $2,000 dan trofi dan pemenang ketiga $1,000 dan trofi.



Lima pemenang sagu hati akan membawa pulang $200 dan trofi setiap seorang.



Ketika ditemui baru-baru ini, salah seorang juri, Encik Noor Effendy berkata beliau mengharapkan penilaian yang akan dilakukan selepas bengkel-bengkel tersebut dijalankan akan semakin rumit.



"Selepas para peserta menjalani bengkel yang akan diadakan ini, saya berharap mereka akan mempunyai pengetahuan berkarya yang lebih lengkap.



"Oleh itu, saya berharap penilaian akan menjadi lebih mencabar dan lebih susah untuk kami memilih pemenang," katanya.



Mereka yang berminat mengetahui lebih lanjut tentang bengkel yang akan diadakan boleh kunjungi laman www.beritaharian.sg/mencari-kristal/bengkel atau https://eventreg.asiaone.com/register/kristal.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >