BUTIRAN
Golongan belia berdaya kreatif diundang menyertai peraduan menulis esei Cabaran Mufti anjuran Pejabat Mufti. Penganjur mengajak peserta mengetengahkan daya kreatif. Selain menulis esei dalam bentuk rencana, peserta boleh menghantar puisi dan lirik. Malah, peserta juga boleh membuat video. Pelbagai topik boleh dipilih dengan tema kesejahteraan siber. Antara lain, peserta boleh membincangkan kehidupan sederhana dalam kehidupan majmuk di Singapura dan bagaimana remaja boleh menangkis aliran radikal.