Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Peraduan filem galak teroka mara pasca-Covid-19

Nov 28, 2020 | 05:30 AM



JADIKAN kisah yang lahir dari hati sebagai inspirasi untuk paparan di layar perak. Itulah nasihat pembuat filem Yahssir M. kepada pembuat filem sedang meningkat dan pelajar filem yang bakal bertanding dalam musim terbaru peraduan filem pendek bagi penggiat filem tempatan, ciNE65.



Bermula pada 2011 dan diadakan setiap dua tahun, ciNE65 kembali bagi musim keenam tahun depan membawa tema Teguh, Bersama.



Ia memanggil pembuat filem tempatan mencerminkan kisah tempatan dan meneroka cara rakyat Singpura boleh mengatasi cabaran dan melangkah ke depan sedang negara ini bersatu melawan Covid-19.



ciNE65 2021 anjuran Nexus, Kementerian Pertahanan (Mindef) dan syarikat hiburan media mm2 Entertainment.



Kali ini ia merangkumi tiga filem pendek yang disokong, peraduan filem pendek Anugerah Pembikin Filem ciNE65 (ciNE65 MMA), bengkel dan ceramah pembuatan filem dan pesta filem.



Filem pendek Encik Yahssir bertajuk Super Girl antara tiga filem pendek yang disokong ciNE65 2021. Ini di samping filem A Cat's Purpose hasil alumni ciNE65 Lan Yu, dan Video Store' oleh pembuat filem Singapura Edward Khoo.



Ketiga-tiga filem itu ditayangkan di Wisma Teroka Singapura sempena pelancaran ciNE65 2021 semalam.



Semasa segmen soal dan jawab selepas tayangan Super Girl, Encik Yahssir, 37 tahun, berkata: Saya fikir perkara utama setiap pembuat filem harus percaya ialah penceritaan adalah 'raja'. Jadi, yang asas ialah mempunyai kisah tepat dan... sesebuah kisah yang lahir dari hati."



Filem tiga minit itu mengisahkan seorang budak perempuan, Devi, yang ingin menjadi kuat. Dengan bantuan penduduk yang tinggal di estet kejiranannya, beliau belajar cara membentuk tubuh kuat serta erti kekuatan yang sebenar.



Encik Yahssir, yang telah tiga musim terlibat dalam ciNE65, menambah bahawa inspirasi filem itu tercetus daripada kegiatan gotong-royong semasa membesar di rumah flat HDB.



Pengerusi Nexus, Kolonel Goh Jerica, berkata: "Kami berharap dapat terus memberi inspirasi kepada generasi baru pembuat filem tempatan untuk menggunakan ciNE65 sebagai pameran nasional bagi filem pendek yang dapat memperkukuh rasa kekitaan kita kepada Singapura."



Penyertaan filem bagi ciNE65 MMA dibuka pada 1 Januari 2021 dan ditutup pada 14 Mac 2021.



Pemenang berpeluang berlatih di bawah pengarah untuk filem mm2 Entertainment.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >