BENGKEL pertama program penulisan cerpen Mencari Kristal anjuran Berita Harian (BH) dan Majlis Seni Kebangsaan (NAC) bermula hari ini dengan sesi kendalian penulis setempat, Encik Hassan Hasaa'Ree Ali.
Menurut Encik Hassan, beliau bakal membincangkan cara mencorak idea dan proses penceritaan yang penting dalam berkarya.