Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Peraduan skit di media baru tingkat kesedaran kesantunan Melayu

Jul 25, 2022 | 05:30 AM



BAGI menanam kesantunan, adab dan budi pekerti dalam kalangan anak muda Melayu masakini, satu peraduan skit menerusi platform media sosial TikTok telah diadakan buat pelajar sekolah menengah.



Aktiviti itu adalah sebahagian daripada Fiesta Kesantunan 2022, sebuah acara anjuran Jawatankuasa Pembelajaran dan Penggalakan Penggunaan Bahasa Melayu (MLLPC).



Tahun ini, pendekatan itu bertujuan meningkatkan kesedaran dan menyebarkan mesej kesantunan Melayu, khususnya mengenai etika dan adab ketika menziarahi rumah.



17 sekolah menengah telah mengambil bahagian dalam peraduan yang berlangsung pada cuti sekolah Jun lalu.



Tiga pelajar dari Sekolah Menengah Compassvale muncul juara dalam acara yang berlangsung di Bangunan Lembaga Perpustakaan Negara (NLB) baru-baru ini.



Kumpulan itu terdiri daripada pelajar-pelajar menengah tiga, Izz Hakimi Mohammad Imran, Izzah Elyana Muhammad Zamri dan Nurfirzanah Mohamed Ayop dan dibantu oleh guru mereka, Cik Hidayah Md Taib dan Dr Fawziyah Md Ali.



Menjelaskan mengenai mesej disebalik video itu, mereka berkata perlunya adab apabila seseorang itu berada di rumah orang lain.



"Mesej yang ingin disampaikan menerusi video itu ialah kita harus beradab apabila mengunjungi rumah orang dan menghormati tuan rumah.



"Kita juga harus menjaga tutur kata kita supaya kita tidak bercakap perkara yang tidak sopan tentang rumah itu ataupun makanan yang telah dihidangkan oleh tuan rumah," kata Izz Hakimi.



Kumpulan itu menambah, dengan masa singkat yang diberikan, mereka terpaksa memikirkan idea bagi paparan lakonan pendek itu.



"Tercetus memori sambutan Hari Raya kami dan oleh itu, kami bertiga menetapkan idea kami berdasarkan adab berkunjung ke rumah orang semasa Hari Raya. Alhamdulillah, ibu bapa Nurfirzanah membenarkan kami untuk merakam video tersebut di rumah mereka," kata Izzah Elyana.



Namun, membuat video itu bukan sekadar 'merakam' sahaja kerena mereka perlu meluangkan masa untuk seluruh proses itu.



"Cabaran utama yang kami alami ialah kesuntukan masa. Pada waktu itu, kami bertiga sibuk dengan ujian kelas, tugasan yang diberikan guru dan tidak terkecuali kegiatan kokurikulum yang mengambil banyak masa kami.



"Selama seminggu kami luangkan masa memperbaik idea kami. Maklumlah, ini kali pertama kami terlibat dalam aktiviti seperti ini. Pembetulan dan rakaman semula TikTok ini pula mengambil masa sehari. Akhirnya, kami berjaya menghasilkan skit video yang memuaskan hati semua ahli dan guru," kata Nurfirzanah.



Video mereka turut menghambat hati juri-juri di bawah MLLPC yang menganugerahkan mereka tempat pertama dalam peraduan itu.



Kumpulan pelajar itu juga percaya ia amat penting untuk memanfaatkan teknologi dalam pelajaran kesantunan Melayu.



"Ramai pelajar remaja lebih cenderung dengan aplikasi dalam talian. Justeru itu, dengan memanfaatkan teknologi dalam kesantunan Melayu, pastinya ini akan menarik perhatian pelajar. Selain itu, kami berpendapat bahawa Kementerian Pendidikan (MOE) inginkan pelajar-pelajar mengikuti perkembangan teknologi masa kini di sekolah, seperti media sosial baru yang pantas dipelajari oleh generasi muda kini," ujar Izz Hakimi.



Selain itu, mereka juga berpendapat bahawa ibu bapa perlu memainkan peranan penting dalam usaha itu.



"Ibu bapa boleh menggalakkan anak-anak mereka untuk mempelajari tentang kesantunan Melayu kerana jika diajar dari usia muda, bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya, mereka akan terbiasa dengan kesantunan sedemikian.



"Tambahan pula, ibu bapa berfungsi sebagai guru pertama dan utama untuk anak mereka. Dengan itu, ibu bapa boleh membina budaya yang positif di rumah di mana nilai-nilai murni dapat dibentuk dalam diri anak-anak mereka itu," kata Nurfirzanah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >