Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Perah otak 30 jam di 'hackathon' Kelab Mendaki

Sep 23, 2018 | 05:30 AM



SEBANYAK 11 pasukan yang terdiri daripada 50 belia bertanding dalam satu acara 'hackathon' selama 30 jam untuk mencari huraian kepada pelbagai cabaran yang dihadapi masyarakat Melayu/Islam.



Peserta mula membincangkan pelbagai isu yang dihadapi masyarakat di ACC EduHub berdekatan Orchard Road semalam, dan akan membentangkan idea mereka kepada sebuah panel pengadil hari ini.



Acara itu merupakan sebahagian daripada program Inkubator Kepimpinan 2018 (LI 2018) anjuran Kelab Mendaki (MClub), yang bertujuan menggalakkan karyawan muda dan pelajar pengajian tinggi agar menyumbang secara aktif kepada masyarakat.



Tahun ini, MClub berganding bahu dengan pelbagai pertubuhan termasuk Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Kelab Heal, Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (Pergas), Roses of Peace, Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS), Forum Belia Muslim, The Codette Project dan LaunchGood bagi menjayakan acara tersebut.



Sejauh ini, LI telah membolehkan seramai 200 belia bergiat aktif dalam pertubuhan masyarakat dan memperjuangkan pelbagai isu daripada pendidikan hingga pemerkasaan wanita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >