SEDANG negara ini menyambut ulang tahun Perkhidmatan Negara (NS) yang ke-50 tahun ini dan memberi penghormatan kepada setiap anak lelaki Singapura yang telah dan sedang menjalani NS, Singapura juga harus memperingati peranan wanita dalam menyokong NS selama ini, kata Speaker Parlimen Halimah Yacob.
Cik Halimah yang juga Anggota Parlimen GRC Marsiling-Yew Tee berkata demikian kepada media semasa ditemui di upacara penghargaan NS50 dan sambutan Hari Ibu di Blok 327 Woodlands Street 32 semalam.