Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Perang Ukraine, penipuan digital ancam rasa percaya terhadap ekonomi digital S'pura

Pemerintah komited kerjasama dengan perniagaan atasi cabaran jayakan transformasi digital
Mar 25, 2022 | 05:30 AM



ANCAMAN dalam bentuk varian baru Covid-19, serangan Russia ke atas Ukraine dan meningkatnya penipuan digital telah melemahkan kepercayaan keseluruhan terhadap ekonomi digital Singapura dan merencatkan pertumbuhannya.



Demikian menurut Menteri Perhubungan dan Penerangan, Cik Josephine Teo, yang berkata ancaman tersebut telah mewujudkan cabaran kepada syarikat sedang ia mengganggu rantaian bekalan dan keupayaan untuk menjalankan perniagaan, serta membawa tekanan kepada kos.



"Risiko siber - yang termasuk serangan perisian tebusan, atau ransomware, hingga penipuan, memancing data - menjadi keprihatinan secara khususnya.



"Mereka mengancam kepercayaan yang perlu menjadi asas kepada usaha bergerak secara berani ke arah inisiatif digital," ujarnya.



Beliau berkata demikian dalam ucapannya di Persidangan dan Pameran Ekonomi Masa Depan (FECE) yang dihadiri pemimpin perniagaan dan pegawai pemerintah.



Dalam ucapannya, Cik Teo berkata pemerintah tetap komited untuk bekerjasama rapat dengan perniagaan demi mengatasi cabaran ini.



Beliau membentangkan tiga bidang yang mana pemerintah akan terus membantu transformasi digital syarikat - memastikan persekitaran yang membolehkan firma berkembang maju dalam ekonomi digital; mengekalkan pertumbuhan ekonomi digital melalui pembangunan bakat; dan bekerjasama dengan perniagaan untuk "mencipta bersama masa depan digital untuk semua".



Pemerintah juga telah melancarkan beberapa inisiatif digital untuk meningkatkan pertumbuhan dan menggalakkan amalan keselamatan siber yang baik dalam kalangan syarikat kecil dan sederhana (SME), kata Cik Teo, lapor The Business Times.



"Pandangan daripada industri amat membantu dalam membentuk sokongan pemerintah," ujarnya.



Sebagai contoh, pemerintah bekerjasama dengan Persekutuan Perniagaan Singapura (SBF) untuk melibatkan perniagaan bagi program Perniagaan Didorong Data Lebih Baik, yang telah membolehkan SME menggunakan data dengan lebih baik dan menjana pandangan yang boleh membantu mereka mengambil tindakan untuk keperluan perniagaan mereka, kata Cik Teo.



Acara FECE dianjurkan oleh SBF sebagai sebahagian daripada Sidang Puncak Perniagaan Apex Singapura 2022 minggu ini.



Dengan melabur dalam usaha membantu perniagaan memahami cara mengumpulkan data dan menggunakan data sedemikian dengan baik untuk meningkatkan operasi perniagaan mereka, beliau berharap syarikat akan dapat memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) pada masa hadapan.



Cik Teo juga berkata bahawa ekonomi digital telah mewujudkan banyak pekerjaan untuk rakyat Singapura, tetapi dengan kadar pendigitalan yang pantas dan semakin meningkat, keutamaan pemerintah adalah untuk memupuk bakat teknologi setempat yang mencukupi dan memastikan tenaga kerja teknologi kekal relevan dan berdaya saing.



Program Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Kepujian dalam Pengkomputeran Gunaan dengan pengkhususan teknologi kewangan di Institut Teknologi Singapura, serta program TechSkills Accelerator untuk Institut Pendidikan Teknikal dan Perikatan Politeknik ialah contoh program yang disediakan pemerintah untuk menggalakkan lulusan baru dan pekerja pertengahan kerjaya untuk memasuki ekosistem teknologi, kata Cik Teo lagi.



Pada skala yang lebih besar, Singapura juga harus mengekalkan pendirian terbuka, inklusif dan dipacu inovasi untuk ekonomi digital global, kerana ia akan membolehkan perniagaan Singapura merebut peluang dari seluruh dunia.



"Atas sebab ini, kami telah memburu Perjanjian Ekonomi Digital (DEA) dengan rakan kerja sehaluan, yang menyelaraskan peraturan dan piawaian digital, serta memudahkan kebolehan saling kendali antara sistem digital," katanya.




"Risiko siber - yang termasuk serangan perisian tebusan, atau ransomware, hingga penipuan, memancing data - menjadi keprihatinan secara khususnya.



Mereka mengancam kepercayaan yang perlu menjadi asas kepada usaha bergerak secara berani ke arah inisiatif digital."
- Menteri Perhubungan dan Penerangan, Cik Josephine Teo.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >