Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Perarakan sambut kejayaan atlet paralimpik negara pada Sabtu

Sep 20, 2016 | 03:13 PM



SATU perarakan bagi menyambut pencapaian atlet paralimpik negara di Sukan Rio akan diadakan pada Sabtu (24 Sept).



Kontinjen seramai 13 orang itu akan dipandu dalam konvoi kereta dari Pusat Sukan Sengkang ActiveSG di 57, Anchorvale Road, sebelum membuat hentian di Perpustakaan Negara di Victoria Street.



Konvoi itu kemudian akan meneruskan perjalanan ke VivoCity.



Sebahagian besar daripada anggota kontinjen itu akan pulang dari Brazil pada pagi Rabu (21 Sept) dalam penerbangan SQ67, yang dijadual tiba di Terminal 3 Lapangan Terbang Changi pada kira-kira 5.35 pagi.



Mereka akan keluar dari Jaluran Bagasi (Belt) 42.



Pasukan Singapura memenangi tiga pingat di Rio. Yip Pin Xiu meraih dua pingat emas - dalam acara renang kuak lentang S2 50m dan 100m, menjadi warga Singapura pertama memenangi dua gelaran dalam sebuah Sukan Paralimpik.



Perenang Theresa Goh mendapat pingat gangsa dalam acara kuak dada SB4 100m.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >