Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Peraturan Covid-19 untuk sekolah dikemas kini; pelajar, kakitangan boleh kembali ke sekolah sekiranya mereka mendapat keputusan ART negatif

Oct 10, 2021 | 06:02 PM



PELAJAR dan kakitangan boleh kembali ke sekolah mulai Isnin (11 Okt) jika mereka berasa sihat dan mendapat keputusan negatif Ujian Pantas Antigen (ART) untuk Covid-19 sehari sebelumnya.

Dengan peraturan baru, arahan kuarantin, cuti ketidakhadiran atau ketidakhadiran yang diluluskan tidak akan lagi dilaksanakan buat sekolah rendah dan menengah, dan institut pengajian tinggi.

Dalam satu kenyataan pada Ahad (11 Okt), Kementerian Pendidikan (MOE) dan Lembaga Peperiksaan dan Penilaian Singapura (SEAB) mengeluarkan perincian terkini bagi protokol nasional Covid-19 dan aturan pengasingan.

 





Langkah itu diambil setelah Menteri Kesihatan Ong Ye Kung pada  Sabtu (10 Okt) mengatakan akan ada sekumpulan peraturan yang diperkemas  yang diselaraskan buat pesakit Covid-19 dan kontak rapat sebagai sebahagian  usaha untuk mempermudah proses mengurus virus.

MOE mengatakan ia tidak akan lagi mengeluarkan cuti ketidakhadiran atau ketidakhadiran  yang diluluskan buat sekolah rendah, sekolah menengah, maktab rendah dan Institut Millennia.

Mulai Isnin, Kementerian Kesihatan (MOH) juga akan mengeluarkan amaran risiko kesihatan (HRW) selama tujuh hari kepada pelajar yang berhubung rapat dengan kes Covid-19 yang disahkan.

Mereka yang diletakkan di bawah  HRW akan dibenarkan untuk kembali ke sekolah setelah ujian negatif  ART yang  pertama mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >