Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Peraturan LTA mulai 16 Mei: Teksi, kereta sewa privet boleh ambil lebih 2 penumpang hanya jika mereka tinggal di isi rumah sama

May 16, 2021 | 12:58 PM



KHIDMAT kongsi kereta komersial akan dihentikan sementara teksi dan kereta sewa privet pula hanya boleh mengambil lebih daripada dua penumpang jika mereka datang daripada isi rumah yang sama.



Ini adalah beberapa langkah yang dilaksanakan dalam tempoh langkah berjaga-jaga Covid-19 diperketat mulai Ahad (16 Mei) hingga 13 Jun, jelas Penguasa Pengangkutan Darat (LTA).



Dalam satu kenyataannya, LTA berkata langkah ini diambil "bagi mengurangkan interaksi dan risiko jangkitan Covid-19 merentasi isi rumah berbeza dalam perjalanan menaiki pengangkutan berkenaan".



Sekatan Covid-19 yang dikemas kini berhubung dengan saiz kumpulan yang digunakan bagi teksi dan kereta sewa privet bererti penumpang daripada isi rumah berbeza harus akur pada had dua penumpang sahaja.



Bagaimanapun, lebih daripada dua penumpang boleh menaiki kenderaan yang sama jika mereka menetap di dalam isi rumah yang sama. Sebagai contoh, seorang ibu atau bapa boleh menaiki teksi atau kereta sewa privet bersama dua anaknya jika mereka tinggal bersama.



Mengingatkan pemandu dan penumpang agar menggunakan pelitup sepanjang masa, LTA berkata: "Pemandu teksi dan kereta sewa privet harus menolak penumpang yang tidak menggunakan pelitup."



Dalam tempoh berjaga-jaga yang dipertingkatkan ini, LTA juga tidak membenarkan semua khidmat perkongsian kereta komersial seperti GrabHitch dan RydePool yang membolehkan pemandu menerima bayaran dengan mengambil penumpang lain dalam perjalanan ke destinasi asal mereka diteruskan. Operator perkongsian kereta berlesen telah pun menggantung khidmat ini daripada platform masing-masing sejajar dengan peraturan yang ditetapkan.



LTA menambah perkongsian kenderaan bukan komersial hanya dibolehkan dalam kalangan teman atau rakan sekerja jika mereka patuh pada saiz dua orang sahaja dalam kereta tersebut. Misalnya, jika sekumpulan rakan sekerja menaiki kereta bersama, mereka harus dipisahkan kepada kumpulan tidak melebihi dua orang.



"Kami sangat menggalakkan pengguna memanfaatkan pengangkutan awam, teksi dan kereta sewa privet yang ditempah menerusi aplikasi masing-masing," kata LTA sambil meminta orang awam melaporkan tentang individu yang menawarkan khidmat perkongsian kereta haram menerusi gerbang OneMotoring. 



LTA mengingatkan semua penumpang agar menggunakan pelitup mereka setiap masa, sama ada ketika menaiki MRT, bas, teksi atau kereta sewa privet. Mereka yang tidak sihat harus berjumpa doktor.



"Apabila menaiki pengangkutan awam, penumpang harus jarakkan diri atau menaiki pengangkutan berkenaan pada waktu tidak sibuk jika boleh. Mereka juga harus akur pada langkah pengurusan selamat yang digunakan kini seperti mengekalkan kebersihan diri dan elakkan daripada berbual," jelas LTA.

 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >