Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Peratusan dewasa Melayu baca buku bahasa Melayu bertambah

Kajian NLB dapati 83% kalangan dewasa baca buku Melayu lebih sekali seminggu; bacaan melalui digital seperti video, e-buku juga kian popular
Jan 13, 2023 | 05:30 AM



LEBIH ramai orang dewasa Melayu membaca buku dalam Bahasa Melayu lebih daripada seminggu sekali.



Menurut kajian Tabiat Membaca Kebangsaan 2021, daripada kalangan orang dewasa Melayu yang boleh membaca dalam kededua Bahasa Inggeris dan Melayu, 83 peratus membaca buku dalam Bahasa Melayu lebih daripada sekali seminggu.



Ini telah meningkat daripada 80 peratus pada 2018, kata Ketua Kanan (Bahasa Melayu), koleksi, perancangan dan pengembangan, Lembaga Perpustakaan Negara (NLB), Cik Zubaidah Mohsen, sebagai menjawab pertanyaan Berita Harian (BH) mengenai tabiat membaca masyarakat Melayu.



"Lebih ramai pembaca Melayu yang berkebolehan membaca buku dalam dwibahasa juga akan membaca buku dalam Bahasa Melayu berbanding dengan mereka daripada etnik lain.



"Bagi pembaca Cina yang berkebolehan membaca buku dalam dwibahasa, hanya 70 peratus akan memilih untuk membaca buku dalam Bahasa Mandarin, turun daripada 71 peratus pada tahun 2018.



"Bagi pembaca Tamil yang berkebolehan membaca buku dalam dwibahasa, mereka yang membaca buku dalam Bahasa Tamil juga turun ke 65 peratus berbanding 70 peratus pada tahun 2018," ujar beliau.



Kajian Tabiat Membaca Kebangsaan 2021 yang dikeluarkan oleh NLB pada Oktober lalu itu turut menunjukkan lebih ramai warga dewasa dan remaja di Singapura membaca untuk riadah, berbanding tahun 2018.



Media format digital, seperti video dan buku elektronik (e-buku) juga menjadi format yang lebih popular.



Kajian itu bertujuan memahami tabiat membaca penduduk dewasa dan remaja di Singapura, dan memaklumkan strategi NLB untuk menggalakkan membaca dalam kalangan penduduk.



Kajian tersebut, yang mempunyai saiz sampel seramai 3,610 penduduk Singapura berusia 17 tahun dan ke atas, dijalankan menerusi temu bual dalam talian dan dari kunjungan rumah ke rumah.



Cik Zubaidah menambah bahawa kadar pinjaman buku Melayu juga meningkat sejak dua tahun lalu apabila bermulanya pandemik Covid-19.



"Terdapat sekitar 319,500 buku Melayu fizikal dan sekitar 8,300 e-buku Melayu yang telah dipinjam pada 2021.



"Pada 2021, terdapat kenaikan 33 peratus dalam pinjaman buku Melayu fizikal berbanding 2020 dan pinjaman e-buku turut meningkat 72 peratus berbanding 2020," kata beliau.



Namun, beliau menyatakan bahawa secara umum, merentasi semua etnik, semakin kurang pembaca dwibahasa yang lebih muda atau mereka yang berusia 20 hingga 29 tahun yang membaca dalam bahasa ibunda mereka.



Bagi golongan usia itu, hanya 44 peratus akan membaca dalam bahasa ibunda mereka, merosot daripada 52 peratus pada 2018.



Cik Zubaidah juga menambah bahawa terdapat juga peningkatan dalam bilangan penyertaan dalam program-program Melayu yang diadakan di NLB. Program-program seperti Masa Bercerita dan Bicara Karya menyaksikan purata kira-kira 500 peserta yang hadir secara bersemuka dan dalam talian.



Ini adalah peningkatan yang ketara berbanding tempoh sebelum pandemik di mana purata bilangan peserta bagi program-program Melayu yang diadakan secara fizikal biasanya hanya sekitar 60 peserta.



Laporan lanjut: Buku agama bahasa Melayu 'paling biasa' dibeli pembaca: Tinjauan




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >