Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Perbahasan belanjawan: Poliklinik baru dibuka di Taman Jurong menjelang 2028

Mar 09, 2022 | 04:34 PM



PENDUDUK di Jurong akan mempunyai poliklinik ketiga untuk memenuhi keperluan perubatan mereka menjelang 2028, kata Menteri Negara Kanan (Kesihatan), Dr Janil Puthucheary, pada Rabu (9 Mac).


Bercakap semasa perbahasan belanjawan kementeriannya, beliau berkata poliklinik baru itu akan dibuka di Taman Jurong. Ia akan memberi perkhidmatan kepada mereka yang menginap di Jurong bersama-sama dengan poliklinik Pioneer dan Jurong sedia ada.


Selain itu, Poliklinik Queenstown akan dibangunkan semula dan dipindahkan ke tapak baru menjelang 2030, dengan kemudahan sedia ada akan terus berkhidmat kepada penduduk hingga tapak baru itu beroperasi.


Kedua-dua poliklinik di Taman Jurong - yang belum dinamakan secara rasmi - dan yang dibangunkan semula di Queenstown akan menawarkan ciri yang meningkatkan akses dan mesra warga emas.


Ini merujuk kepada kemudahan seperti tanjakan kerusi roda, butang lif Braille dan rel pegangan di sepanjang tangga dan dalam lif.


Kedua-dua poliklinik baru itu juga akan mempunyai infrastruktur yang membantu menghadapi wabak.


Poliklinik baru itu juga akan menyediakan khidmat penjagaan asas seperti rawatan perubatan untuk keadaan akut, pengurusan penyakit kronik, perkhidmatan kesihatan wanita dan kanak-kanak, perkhidmatan kesihatan bersekutu, serta tawaran radiologi, makmal dan farmasi.


Poliklinik baru lain juga sedang dirancang.

Ia termasuk satu di Sembawang, yang akan dibuka tahun ini, dan enam lagi di Kaki Bukit, Khatib, Serangoon, Tampines North, Tengah dan Yew Tee yang dijadualkan siap menjelang 2026.


Dua lagi poliklinik di Bidadari dan Bishan - yang sebelum ini diumumkan pada 2020 - dijangka siap menjelang 2030.


Poliklinik Pasir Ris dan Clementi masing-masing akan dibangunkan semula menjelang 2026 dan 2027, dan Poliklinik Bukit Merah dan Poliklinik Outram akan disatukan menjadi kemudahan yang lebih besar di Tiong Bahru menjelang 2030.


Singapura akan mempunyai 32 poliklinik - naik daripada 23 poliklinik kini - menjelang 2030.



Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >