CUTI hujung minggu yang panjang sering dinantikan keluarga Encik Azfar Zakaria (gambar atas). Apakan tidak, masa-masa beginilah hampir kesemua mereka dapat bertemu dan mengeratkan silaturahim.
"Maklumlah, kita sering sibuk bertugas, jadi bila tiba hujung minggu yang panjang begini, kami pasti tidak akan lepaskan peluang untuk anjurkan pertemuan," katanya lagi yang berlibur bersama keluarga di tepi pantai East Coast semalam.