Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pergaduhan maut: Lelaki dihukum penjara 30 bulan dan sebat 6 kali

Dec 07, 2016 | 09:54 AM



SEKUMPULAN 12 orang, ada daripada mereka mempunyai hubungan kongsi gelap, terlibat dalam tiga keganasan yang akhirnya membawa kepada kematian seorang stuntman (pelagak ngeri) Amerika.



Orang pertama daripada 12 orang itu didapati bersalah pada Selasa (6 Dis), hampir setahun selepas tiga insiden keganasan berasingan pada 24 Dis 2015.



Muhammad Izzuandy Yusof, yang terlibat dalam serangan pertama, dijatuhi hukuman penjara 30 bulan dan sebat enam kali kerana merusuh.



Penganggur berusia 24 tahun itu, yang mempunyai hubungan kongsi gelap, mengaku menjadi sebahagian daripada sebuah perhimpunan haram bersama 11 orang lain di luar Mogambo Bar di Canton Street dan di sepanjang Circular Road.



Serangan pertama berlaku kira-kira 2.40 pagi selepas Muhammad Haziq Hashim, 24 tahun, terlibat dalam satu pertikaian dengan temanitanya, Norazilah Zainol, 23 tahun, di luar Beer Inn di Circular Road.



Ia menarik perhatian orang, termasuk Encik Akash Kukreja, Cik Charlotte Roscoe, Encik Desmond Pheh Hou Chin dan Encik Teo Zhihan. Salah seorang lelaki dalam kumpulan Haziq menuduh Encik Pheh, 22 tahun, dan Encik Teo, 29 tahun, menengok mereka.



Encik Pheh berkata beliau tidak mahu sembarang masalah tetapi orang itu menumbuknya dan menyerang Encik Teo. Izzuandy dan beberapa yang lain ikut serta dengan menumbuk dan menendang kedua-dua mangsa.



Apabila Encik Kukreja, 31 tahun, bertanya apakah Norazilah cedera, kumpulan itu menyerang beliau dan salah seorang daripada mereka menumbuknya.



Encik Kukreja membalas tetapi hilang imbangan dan terjatuh. Cik Roscoe, 26 tahun, cuba membantu dengan menarik penyerang itu tetapi ditumbuk di muka. Norazilah dan seorang wanita dalam kumpulan itu kemudian menumbuk dan menendang Cik Roscoe.



Selepas itu, beberapa penyerang tersebut pergi ke sebuah disko di Hotel Pan Pacific dan selebihnya terus duduk di Beer Inn.



Mereka yang kekal di bar itu terlibat dalam kejadian kedua apabila Encik Kukreja kembali dengan dua lelaki tidak dikenali pada 3 pagi untuk berhadapan dengan penyerangnya.



Tetapi beliau dan dua lelaki itu ditumbuk dan ditendang oleh kumpulan tersebut serta tiga pegawai perhubungan awam yang bekerja di bar itu.



Penyerang tersebut tidak berhenti di situ. Mereka kemudian terlibat dalam pertikaian dengan seorang wanita Kaukasia.



Stuntman John Denley Nelson, 30 tahun, cuba meleraikan mereka tetapi salah seorang penyerang itu menumbuk beliau di kepala hingga jatuh.



Beliau meninggal dunia akibat kecederaannya pada 1 Jan.



Izzuandy pada asalnya dituduh terlibat dalam pembunuhan Encik Nelson tetapi mahkamah diberitahu bahawa dia berada dalam teksi semasa Encik Nelson diserang.



Dia juga dipenjara dua minggu bagi kesalahan berasingan mencuri $400 dari kotak wang seorang pemandu teksi bersama Haziq pada 23 Nov tahun lepas.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >