Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pergas kemuka kertas kerja panduan rekaan tudung

Aug 31, 2021 | 05:30 AM



PERSATUAN Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (Pergas) telah mengeluarkan satu kertas kerja saranan bagi pemakaian tudung untuk jururawat yang diharapkan dapat dijadikan panduan visual untuk pihak berkuasa.



Kertas kerja tersebut mengandungi panduan rekaan tudung yang boleh digunakan pihak berkuasa dalam menghasilkan tudung yang bersesuaian, selamat dan kemas serta mematuhi dasar-dasar klinikal.



Pergas berkata dalam kenyataan media semalam:



"Kertas kerja yang dibangunkan oleh Pergas bersama Persatuan Karyawan Penjagaan Kesihatan Islam (MHPA) mempunyai cara dan reka bentuk pemakaian tudung dan penutupan aurat tanpa menjejas piawaian penjagaan kesihatan seperti pengawalan penyakit berjangkit dan keseragaman.



"Kami berharap ia dapat disesuaikan dan ditambah baik mengikut kesesuaian dan keperluan yang sejajar dengan standard penjagaan kesihatan dan pengawalan penyakit berjangkit di Singapura."



Pemakaian tudung akan dilaksanakan sebagai sebahagian daripada pakaian seragam jururawat menyusuli satu siri perbincangan yang mendalam dengan pelbagai pihak berkepentingan seperti MHPA dan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), menurut Kementerian Kesihatan (MOH).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >