Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pergas pertingkat program sokongan asatizah tambah kemahiran baru

May 16, 2020 | 06:04 PM



PERSATUAN Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (Pergas) telah mempertingkat Pakej Rahmah (GP) untuk memberikan sokongan tambahan kepada asatizah agar dapat meraih kemahiran baru selain mempertingkat peluang mereka mencari pekerjaan.



Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan kelmarin, pakej GP Tambahan itu merupakan satu inisiatif Pergas dengan kerjasama Hab Pembelajaran NTUC.



Menerusi pakej itu, satu latihan khusus mengenai Transformasi Digital akan ditaja sepenuhnya oleh Pergas bagi asatizah yang bekerja sendiri dan merupakan anggota baru dan lama Pergas.



Antara topik yang akan dipelajari sepanjang program latihan dalam talian dua hari itu, termasuk mendedahkan asatizah kepada kemahiran kesediaan digital selain menyesuaikan diri dengan pelbagai platform mengajar secara dalam talian serta penggunaan video.



Mereka turut akan mempelajari cara untuk memindahkan kandungan daripada buku, teks dan Al-Quran dalam bentuk elektronik selain menggunakan aplikasi produktiviti dalam talian untuk kelas.



Langkah-langkah itu diambil untuk mempersiap asatizah sedang negara berdepan dengan kesan ekonomi yang berpanjangan menyusuli pandemik Covid-19, kata Pergas.



“Untuk mencapai objektif, Pergas sedang berusaha dengan gigih untuk membantu asatizah melayari sekitaran yang tidak menentu ini melebihi wabak Covid-19,” ujarnya.



Pada Mac lalu, Pergas telah mengumumkan satu Pakej Rahmah untuk membantu asatizah yang bergaji sendiri dan mereka yang terjejas teruk akibat penutupan masjid dan penundaan kelas-kelas agama.



Satu usaha mengumpul dana yang menyasarkan sebanyak $320,000 yang telah berakhir pada 18 April lalu, telah mendapat sambutan memberangsangkan daripada masyarakat.



Sebanyak $400,000 telah terkumpul, melebihi sasaran yang ditetapkan.



Ini dijangka akan memanfaatkan lebih 292 asatizah, tambah Pergas.



“Kebanyakan di antara mereka menghadapi kehilangan pendapatan sekurang-kurangnya sebanyak 30 peratus dan mengalami kesukaran untuk bertahan di tengah-tengah langkah lebih ketat yang dilaksanakan untuk memerangi virus ini,” kata Pergas lagi.



Di samping itu, Pergas juga telah bekerjasama dengan NTUC dan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) bagi memastikan asatizah yang bekerja sendiri akan dapat memohon bagi Skim Bantuan Pendapatan Orang Bekerja Sendiri (SIRS).



Pergas akan mengeluarkan surat pengesahan sebagai dokumen untuk menyokong permohonan bagi membantu asatizah yang mengalami kesukaran mendapatkan bukti bahawa mereka bekerja.



Asatizah yang berminat untuk disertakan dalam GP Tambahan ini boleh melungsuri laman www.pergas.org.sg atau menyalurkan pertanyaan kepada gp@pergas.org.sg.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >