Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pergas terbit 'Obor Ummah' edisi keempat tentang sumbangan pemimpin agama S'pura

Edisi pertama buku dalam bahasa Arab dan edisi ketiga dalam bahasa Inggeris turut dilancarkan
May 16, 2023 | 05:30 AM



PERSATUAN Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (Pergas) telah melancarkan buku baru Obor Ummah edisi keempat yang merakamkan kisah, sumbangan dan biografi asatizah serta pemimpin agama di Singapura pada Ahad.



Antara tokoh yang dipaparkan dalam buku tersebut ialah Habib Syed Abdul Rahman Aljunied Al-Islamiah, pengasas Madrasah Aljunied Al-Islamiah, dan Ustaz Mohamed Idris Ahmad, salah satu anggota perintis yang mengasaskan Madrasah Al-Irsyad Al-Islamiah yang juga merupakan penerima Anugerah Obor Ummah Pergas.



Selain itu, Pergas turut melancarkan Obor Ummah edisi pertama yang telah disesuaikan, ditulis dan diterjemahkan dalam bahasa Arab dan Obor Ummah edisi ketiga ke dalam bahasa Inggeris.



Sewaktu acara pelancaran buku yang diadakan sempena majlis meraikan Hari Raya Pergas, Penasihat Mapan Pergas, Ustaz Pasuni Maulan menekankan kepentingan penerbitan buku tersebut.



"Di antara tujuan penerbitan buku ini adalah untuk menyediakan generasi akan datang dengan bukti yang didokumentasikan mengenai kehidupan karya dan sumbangan ulama Islam kita terdahulu, perkembangan institusi dan tatacara pemikiran masyarakat Islam dan amalan Islam di Singapura sejak pembentukan Singapura moden," kata Ustaz Pasuni semasa berucap.



Beliau menambah bahawa ia juga bertujuan mengetengahkan kepentingan sumbangan asatizah dalam penulisan serta menggambarkan keupayaan asatizah dalam menghasilkan tulisan tidak kira di dalam bidang akademik atau sebaliknya.



Ia juga dapat menggalakkan lebih banyak asatizah untuk menyumbang dalam penulisan ini, ujarnya kepada sekitar 150 hadirin.



"Melangkah ke hadapan, Pergas berharap lebih banyak sokongan daripada masyarakat terutama dari para asatizah untuk terus memberi kepimpinan agama sejajar dengan arus kemodenan dan keperluan masyarakat khususnya di Singapura. Insya-Allah dengan adanya sokongan terus-menerus ini, Pergas mampu untuk mengadakan lebih banyak usaha membantu para asatizah dan menjalankan program-program dakwah yang dapat dimanfaatkan oleh segenap lapisan masyarakat Islam Singapura," tambahnya.



Pada 2014, Pergas dengan sokongan Lembaga Warisan Negara (NHB), telah menganjurkan pameran Obor Ummah pertamanya yang diadakan di Perpustakaan Negara.



Menurut Pergas, sambutan memberangsangkan bagi pameran itu yang diberikan oleh masyarakat Islam telah mendorong Pergas untuk terus menulis tentang generasi asatizah perintis yang telah menyumbang banyak, bukan sahaja dalam bidang pendidikan Islam dan kepimpinan keagamaan, tetapi juga terhadap pembinaan negara.



Sewaktu majlis pelancaran buku pada Ahad, Pergas juga melancarkan dua penerbitan baru bertajuk Meninjau Pemikiran Ustaz Ahmad Sonhadji Mohamad Milatu daripada Khutbah-Khutbah Karangannya (3 Jilid) dan Wasatiyyah Dalam Islam (Edisi kedua Kesederhanaan Dalam Islam).




"Melangkah ke hadapan, Pergas berharap lebih banyak sokongan daripada masyarakat terutama dari para asatizah untuk terus memberi kepimpinan agama sejajar dengan arus kemodenan dan keperluan masyarakat khususnya di Singapura. Insya-Allah dengan adanya sokongan terus-menerus ini, Pergas mampu untuk mengadakan lebih banyak usaha membantu para asatizah dan menjalankan program-program dakwah yang dapat dimanfaatkan oleh segenap lapisan masyarakat Islam Singapura."
- Ustaz Pasuni Maulan, Penasihat Mapan Pergas.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >