Periksa mata, telinga, mulut untuk warga emas pada harga $5, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:55
Syuruk
7:16
Zuhur
1:19
Asar
4:41
Maghrib
7:20
Isyak
8:32
Suatu Ketika di Singapura
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat0

Periksa mata, telinga, mulut untuk warga emas pada harga $5

Jan 15, 2022 | 03:11 PM

WARGA Singapura berusia 60 tahun dan ke atas boleh menjalani pemeriksaan kesihatan mata, pendengaran dan mulut pada harga $5 atau kurang daripada itu.

Khidmat itu ditawarkan di bawah program Projek Pemeriksaan Kesihatan Warga Emas (Project Silver Screen), yang merupakan kerjasama antara Kementerian Kesihatan dan Yayasan Temasek.

Menteri Kedua Kesihatan, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, menggalakkan warga emas untuk menjalani pemeriksaan kesihatan tersebut.

“Tahun baru menandakan permulaan baru, dan kita boleh bermula dengan membuat penyesuaian sihat – dengan mengamalkan pemakanan seimbang, kerap bersenam, bebas daripada rokok, dan cukup berehat.

“Satu perkara penting yang selalu diabaikan adalah menjalani pemeriksaan kesihatan,” kata Encik Masagos dalam satu catatan di media sosial pada Sabtu (15 Jan).

Halal Home Based Business
OKathira!

Air kathira luar biasa. Banyak inti, tak rugi!

Savour The Flavour by Chef Im

Savour The Flavour ingin menyajikan makanan yang berkualiti...

SpicyLoverKitchen

Lemang Set dengan Rendang & Serunding!

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Salah satu pemeriksaan tersebut ialah pemeriksaan fungsi yang memeriksa kesihatan mata, telinga dan mulut.

Ini penting khususnya bagi warga emas untuk mengesan tanda-tanda awal kemerosotan fungsi, kata Encik Masagos.

“Dengan rawatan dan perubahan gaya hidup yang sewajarnya, warga emas boleh hidup secara aktif dan berdikari dalam usia senja mereka,” kata Encik Masagos.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai cara menempah janji temu bagi pemeriksaan itu di laman https://www.healthhub.sg/programmes/144/functional-screening.

Orang ramai juga boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan menghubungi Hotline AIC di 1800 650 6060 dari 8.30 pagi hingga 8.30 malam (Isnin hingga Jumaat), atau 8.30 pagi hingga 4 petang (Sabtu), kecuali pada cuti umum.

Mereka juga boleh mendaftar di pautan ini: https://www.form.gov.sg/forms/pgo/5c45c47aaf7dc60010e5dbb5.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map