Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

Perintah kawalan Covid-19 dilanjut setahun lagi

Ia boleh dimansuh atau diluput jika koronavirus tidak lagi jadi ancaman meskipun sebelum tamat tempoh 8 April 2023
Mar 12, 2022 | 05:30 AM



PERINTAH kawalan Covid-19 kini dilanjutkan selama lagi setahun sehingga 8 April 2023 dengan peraturan boleh dimansuhkan atau diluputkan jika situasi koronavirus itu tidak lagi menjadi ancaman sebelum tamat tempoh setahun tersebut.



Ini setelah Parlimen meluluskan Rang Undang-undang Covid-19 (Langkah Sementara) (Pindaan) semalam.



Menteri Negara Kanan (Kesihatan dan Tenaga Manusia), Dr Koh Poh Koon berkata pindaan kepada Bahagian 7 Akta Covid-19 (Langkah Sementara) itu akan membolehkan pemerintah kekal lincah dan mampu menyesuaikan diri dengan situasi pandemik yang berkembang serta ketika menghadapi sebarang kemungkinan varian baru.



"Jika Covid-19 tidak lagi menjadi ancaman sebelum tamat satu tahun ini, peraturan boleh dimansuhkan dan Bahagian 7 boleh dibiarkan luput.



"Namun, seandainya lebih banyak varian wujud dan gelombang jangkitan berlaku, peraturan di bawah Bahagian 7 akan terus kekal penting bagi perlindungan kesihatan awam," kata Dr Koh.



Akta tersebut memberi kuasa kepada pemerintah untuk mengenakan perintah kuarantin, sekatan pergerakan atau kemasukan ke tempat-tempat tertentu, larangan aktiviti tertentu, dan had saiz kumpulan, kapasiti tempat serta waktu perniagaan, antara lain untuk mengawal penularan Covid-19.



Dr Koh menambah bahawa langkah-langkah itu, termasuk langkah pengurusan keselamatan Berdasarkan Status Vaksinasi (VDS) masih diperlukan buat masa ini.



"Kami akan mengambil pendekatan secara beransur-ansur dan menentukurnya walaupun kami bergerak ke arah tahap normal yang lebih tinggi dalam masyarakat, perniagaan, tempat kerja dan perjalanan kami," ujarnya.



Sebelum diluluskan, beberapa Anggota Parlimen (AP) menyuarakan sokongan mereka terhadap lanjutan perintah kawalan Covid-19 itu, namun, mereka mengatakan terdapat keperluan semakan berkala tentang keperluan langkah-langkah Covid-19 sedang Singapura menuju ke arah keadaan endemik.



Encik Yip Hon Weng (SMC Yio Chu Kang) berkata, penunjuk khusus, misalnya bilangan kematian akibat Covid-19 boleh digunakan untuk menentukan sama ada langkah perlu dilanjutkan.



"Berdasarkan perbualan saya dengan penduduk Yio Chu Kang, ramai yang kurang senang dengan sekatan berpanjangan terhadap perkumpulan sosial, kegiatan ekonomi dan acara-acara.



"Mereka bertanya bagaimana keadaan ini mencerminkan kehidupan endemik jika kita berterusan hidup dalam sekatan pada skala nasional yang memberi kesan terhadap kesejahteraan sosial dan perniagaan.



"Saya harap kementerian dapat memberikan lebih keyakinan daripada hanya diberi kuasa mutlak sepenuhnya," kata Encik Yip.



Pengerusi Parti Pekerja (WP), Cik Sylvia Lim (GRC Aljunied) pula berkata, lanjutan perintah kawalan itu adalah sesuai dan masuk akal tetapi menambah bahawa lambat-laun "langkah kawalan harus ditarik balik atau dihentikan sama sekali".



Beliau berkata penularan Covid19 secara meluas meskipun kadar vaksinasi penduduk tinggi, ditambah dengan ketersediaan pilihan rawatan seperti ubat oral antivirus patut mendorong pemerintah untuk terus mengkaji sama ada langkah kawalan sedia ada masih perlu dikekalkan.



"Kita berada dalam kedudukan yang lebih baik untuk menangani kesan kesihatan Covid-19 berbanding pada permulaan pandemik ini.



"Setahun akan datang ini sepatutnya melihat Singapura melangkah secara ketara ke arah keadaan normal," ujar Cik Lim.




"Kami akan mengambil pendekatan secara beransur-ansur dan menentukurnya walaupun kami bergerak ke arah tahap normal yang lebih tinggi dalam masyarakat, perniagaan, tempat kerja dan perjalanan kami."
- Menteri Negara Kanan (Kesihatan dan Tenaga Manusia), Dr Koh Poh Koon.



"Berdasarkan perbualan saya dengan penduduk Yio Chu Kang, ramai yang kurang senang dengan sekatan berpanjangan terhadap perkumpulan sosial, kegiatan ekonomi dan acara-acara.

Mereka bertanya bagaimana keadaan ini mencerminkan kehidupan endemik jika kita berterusan hidup dalam sekatan pada skala nasional yang memberi kesan terhadap kesejahteraan sosial dan perniagaan."

- Encik Yip Hon Weng (SMC Yio Chu Kang).



"Kita berada dalam kedudukan yang lebih baik untuk menangani kesan kesihatan Covid-19 berbanding pada permulaan pandemik ini.

Setahun akan datang ini sepatutnya melihat Singapura melangkah secara ketara ke arah keadaan normal."


- Pengerusi Parti Pekerja (WP), Cik Sylvia Lim (GRC Aljunied).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >