Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Perintah pembetulan Pofma dikeluarkan buat TOC Asia dan Terry Xu kerana dakwaan palsu tentang polis pada 2021

May 07, 2023 | 09:47 PM



PEMERINTAH memandang serius terhadap komunikasi yang disengajakan berhubung dengan kepalsuan berbaur niat jahat.



Menteri Ehwal Dalam Negeri, Encik K. Shanmugam, telah mengarahkan Pejabat Akta Perlindungan daripada Kepalsuan dan Manipulasi Dalam Talian  (Pofma)  untuk mengeluarkan Arahan Pembetulan kepada Terry Xu dan The Online Citizen Asia (Toca) berhubung dengan hantaran Facebook Xu, rencana Toca dan pos media sosial Toca.



Xu dan Toca diperlukan menerbitkan notis pembetulan seiringan dengan penerbitan mereka.



Menjelaskan demikian dalam satu kenyataan pada Ahad (7 Mei), Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) menjelaskan ia menyedari bahawa penerbitan berikut membuat dakwaan palsu terhadap pihak polis berhubung dengan satu peristiwa di Yishun Avenue 5 pada 2021.



Penerbitan itu berhubung dengan pos Facebook Terry Xu pada 20 April 2023; rencana Toca di laman web pada 2 Mei 2023 dan pos media sosial (Facebook, Twitter, Instagram dan LinkedIn) Toca pada 2 Mei 2023 yang merujuk pada rencana Toca (pos media sosial Toca).



Menurut kenyataan itu lagi, pada Mei 2021, The Online Citizen atau TOC (tidak wujud lagi) menerbitkan kepalsuan dengan menuduh pegawai polis memarahi dan mengejek seorang wanita berusia kerana tidak menggunakan pelitup.



"Kebenarannya polis telah menerima panggilan bantuan daripada orang awam dan sedang membantu wanita itu pulang ke rumahnya.



"Polis juga mengeluarkan dua kenyataan penjelasan mengenai peristiwa itu pada 19 Mei 2021 dan 25 Mei 2021," jelas kenyataan itu lagi.



TOC telah diberikan Arahan Pembetulan pada 21 Mei 2021 di bawah Pofma kerana menerbitkan kenyataan palsu.



TOC merayu untuk mengetepikan Arahan Pembetulan, tetapi rayuan itu ditolak oleh Mahkamah Tinggi pada 2022.



Mahkamah Tinggi mendapati TOC telah menerbitkan kenyataan palsu mengenai fakta. Sebenarnya, pegawai polis telah melahirkan kebimbangan terhadap wanita warga emas itu, dengan tujuan menghulurkan bantuan kepadanya.



Mahkamah Tinggi juga memerhatikan bahawa penerbit asal tidak dapat, dengan niat baik, membuat kesimpulan bahawa terdapat teguran atau sindiran pihak polis.



Walaupun penjelasan pemerintah dan keputusan Mahkamah Tinggi jelas mengenai perkara itu, Xu dan Toca telah secara berterusan membuat dakwaan palsu berkaitan dengan kes ini.



Tuduhan ini tidak berasas sama sekali.



Mereka mungkin menjejas kepercayaan orang ramai dan keyakinan mereka terhadap Pasukan Polis Singapura, jelas kenyataan itu.



Percubaan Xu untuk mengulangi isu itu sudah dipertimbangkan oleh mahkamah, dan mengeksploitasi kes yang melibatkan seorang wanita tua dan mendedahkannya adalah perbuatan yang hina.



Kenyataan itu juga menjelaskan bahawa artikel Toca adalah salah satu daripada 60 bahan yang ditulis oleh Xu untuk mengumpul wang bagi membayar denda yang dikenakan ke atasnya oleh mahkamah atas pelbagai kesalahan, termasuk menghina mahkamah dan kesalahan Pofma.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >