ComfortDelGro Corp dan Uber telah bersetuju untuk membubarkan perjanjian strategik yang telah mereka tandatangani Disember lalu.
Akibatnya, ComfortDelGro tidak lagi akan memperoleh 51 peratus kepentingan dalam anak syarikat sewa kereta milik Uber di Singapura, Lion City Holdings, , menurut laporan talian The Straits Times hari ini.
Oleh yang demikian, permohonan kepada Suruhanjaya Persaingan dan Pengguna Singapura akan ditarik balik.
Ketua Pegawai Eksekutif ComfortDelGro, Encik Yang Ban Seng berkata:
“Persekitaran operasi telah berubah dan asas pada mana kami membentuk perkongsian itu tidak lagi relevan, memandangkan Uber telah keluar dari rantau ini.
“Walaubagaimanapun, kita masih mempunyai niat untuk memasuki pasaran kenderaan sewa swasta kerana kita lihat peningkatan dalam penumpuan (convergence) kenderaan sewa privet dan teksi ke pasaran mobiliti peribadi,” tambahnya.