Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
3

PERJUMPAAN HARI RAYA MENTERI

Perjumpaan Hari Raya eratkan tali silaturahim

Jun 30, 2018 | 05:30 AM

Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, telah mengadakan Majlis Perjumpaan Hari Raya yang diacarakan bersama Anggota Parlimen Melayu/Islam lain di One Farrer Hotel & Spa kelmarin. Ini merupakan kali pertama Encik Masagos mengacarakan majlis tahunan itu selaku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam selepas dilantik memegang jawatan itu Mei lalu. Acara itu turut diserikan dengan kehadiran Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Cik Grace Fu dan lebih 400 hadirin lain termasuk diplomat serta pemimpin agama, masyarakat dan belia. Berikut kami sajikan warna-warni majlis tahunan itu.

"Ulama tersohor, Sheikh Abdul Qadir al-Jailani dalam khutbahnya pernah berkata 'Sesuap makan yang diberi kepada orang yang kelaparan adalah lebih baik daripada mendirikan seribu masjid, lebih baik daripada kain bersulam yang menutupi Kaabah, lebih baik daripada solat semalaman, lebih baik daripada berjihad di jalan Allah, dan lebih baik daripada berpuasa dalam panas terik sepanjang tahun. Ketika sesuap makan masuk ke dalam perut orang yang kelaparan, terpancar cahaya bagai sinaran mentari. Berbahagialah mereka yang memberi makan kepada golongan yang lapar dan dahaga. Khutbah itu dikatakan paling pendek dalam sejarah tapi tidak kurang tajamnya'. Jika hanya memberikan sesuap makan kepada mereka yang memerlukan, memberikan kita ganjaran yang begitu besar, apa lagi jika kita membantu mereka hingga mereka mampu berdikari dan membantu orang lain pula. Hingga mereka mampu membeli tiket kapal terbang untuk terbang ke mana-mana sahaja yang mereka mahu dan bila-bila sahaja."
- Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamed, ketika mengajak masyarakat Melayu/Islam untuk sama-sama membantu golongan yang memerlukan di kalangan masyarakat.

Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >