Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Perkasa pelajar dalami, bina keyakinan dalam bahasa Melayu

May 05, 2023 | 05:30 AM



SERAMAI 368 orang pelajar dari 185 sekolah tempatan dilantik sebagai Rakan Bahasa tahun ini oleh Majlis Bahasa Melayu Singapura (MBMS).



Inisiatif berkenaan bermatlamat memperkasa pelajar mendalami cinta dan membina keyakinan mereka terhadap penggunaan bahasa Melayu, serta menggalak penggunaan bahasa itu dalam kalangan teman-teman dan ahli keluarga masing-masing.



Jumlah Rakan Bahasa pada 2023 meningkat empat peratus daripada seramai 353 peserta pada 2022. Ia telah meningkat secara beransur tahun demi tahun.



Bilangan peserta dari sekolah rendah melihat kenaikan tertinggi berbanding pelajar peringkat pendidikan lain, dengan seramai 214 peserta sekolah rendah pada 2023, berbanding 184 murid tahun lalu.



Jumlah Rakan Bahasa dari sekolah menengah dan institut pengajian tinggi pula melihat kemerosotan, masing-masing daripada 157 peserta pada 2022 kepada 144 peserta pada 2023, dan daripada 12 peserta pada 2022 kepada 10 pelajar 2023.



Setiausaha Parlimen Kanan (Kesihatan merangkap Undang-Undang), Cik Rahayu Mahzam, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bulan Bahasa, mendedahkan perangkaan demikian dalam acara rangkaian dan latihan Rakan Bahasa di Pusat Kebudayaan Cina Singapura (SCCC) pada Khamis.



Acara itu sebahagian acara Bulan Bahasa anjuran Majlis Bahasa Melayu Singapura (MBMS) bagi menggalakkan dan melestarikan bahasa dan warisan masyarakat Melayu.



Ketika ditemui, Cik Rahayu berkata secara amnya perangkaan tersebut adalah menggalakkan kerana ia telah "membina momentum" sejak tahun-tahun lalu bagi menarik minat pelbagai pihak, terutama pihak sekolah.



"Saya juga rasa kemerosotan bilangan peserta dari peringkat pengajian lebih tinggi bukan satu keprihatinan, kerana mungkin alasan tertentu seperti komitmen pelajaran mereka yang membuat bilangan peserta dari golongan itu berkurang.



"Tapi yang lebih penting adalah program Rakan Bahasa ini dapat dilestarikan dan supaya kami dapat mengekalkan minat dalam kalangan peserta bagi tempoh panjang yang dapat bermula pada usia muda dan diteruskan hingga ke peringkat seterusnya, dan lebih baik lagi apabila sudah dewasa nanti, mereka menyumbang kepakaran mereka terhadap usaha ini kepada yang lain."



Sebagai contoh, antara lain, hadirin menjalani aktiviti latihan dan perkongsian penyampaian berita bersama Duta Bahasa, Encik Hairianto Diman, wartawan akhbar The Straits Times, dan sesi latihan berpantun oleh guru tajaka, Encik Shahril Samri, yang juga ahli jawatankuasa Bulan Bahasa dan pengasas kumpulan Pantunism.



Penyampaian anugerah juga diadakan bagi Pertandingan TeeVers - satu pertandingan bagi pelajar mencipta video laporan berita menerusi aplikasi Moo-V, tajaan Teevers Pte Ltd.



Para pemenang menerima sijil, sebuah piala atau pingat.



Bagi peringkat sekolah rendah, Sekolah Rendah Changkat Changi memenangi tempat pertama pertandingan itu, diikuti naib juara Sekolah Rendah Ahmad Ibrahim dan Sekolah Perempuan Haig di tempat ketiga.



Di peringkat sekolah menengah dan maktab rendah, Sekolah Menengah Deyi dinobatkan sebagai juara, sementara Institusi St. Joseph's meraih tempat kedua, dengan Madrasah Al-Arabiah Al-Islamiah di tempat ketiga.



Karl Basil Karl Zubin, salah seorang dari dua pelajar dinamakan juara dari Sekolah Menengah Deyi, berkata usaha melestarikan minat dan menggalak penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan pelajar dan anak muda kian mencabar.



Lebih-lebih lagi dengan penggunaan media sosial yang semakin pesat berkembang dan lebih bergantung kepada penyampaian maklumat menerusi bahasa Inggeris.



"Tapi saya kira kami harus mula menggalakkan anak muda menggunakan bahasa Melayu menerusi media sosial mereka sebab di situlah tempat kami mendapat maklumat dan berkongsi pengalaman hidup kami," kata teman Karl dan juga juara pertandingan itu, Muhammad Syahir Syahar.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >