Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

berita

Perkasa sukarelawan masyarakat demi tingkat penjagaan penduduk Telok Blangah

Inisiatif yang diterajui masyarakat bertujuan tingkatkan individu kurang bernasib baik, pupuk masyarakat inklusif sambil sokong kelestarian alam sekitar.
Jun 03, 2023 | 05:37 PM



MEMPERKASA kanak-kanak daripada latar belakang kurang bernasib baik melalui pembacaan, membantu belia yang berdepan dengan isu kesihatan mental serta meningkatkan kesedaran alam sekitar – itu antara perkara yang telah dilakukan sukarelawan masyarakat di Telok Blangah.

Dengan matlamat membina masyarakat yang lebih penyayang dengan jaringan keselamatan yang lebih kukuh dan sokongan kolektif, Anggota Parlimen (GRC West Coast) Cik Rachel Ong, bersama Pertubuhan Akar Umbi (GRO) Telok Blangah, telah secara aktif melibatkan penduduk dan rakan kongsi masyarakat untuk menyediakan lebih banyak peluang kepada mereka dan pihak berkepentingan yang sehaluan untuk memimpin dan menyokong tujuan yang mereka minati.

Inisiatif-inisiatif yang diterajui masyarakat ini bertujuan meningkatkan individu yang kurang bernasib baik dan memupuk masyarakat inklusif sambil menyokong kelestarian alam sekitar.

Cik Ong, yang juga Penasihat GRO Telok Blangah, telah menjadi tuan rumah kepada lawatan kementerian ke Telok Blangah oleh Menteri Pengangkutan, Encik S Iswaran pada Sabtu.

Semasa lawatan tersebut, Encik Iswaran telah melihat sendiri beberapa inisiatif yang telah dijalankan sukarelawan di sana.

Ini termasuk Reading Roots @ Dover, sebuah inisiatif yang bertujuan memperkasa kanak-kanan berusia antara empat dengan sembilan tahun melalui pembacaan.

Dimulakan pada Julai 2022 oleh sukarelawan masyarakat, Cik Angeline Lim, program pembacaan yang dikendalikan sukarelawan sepenuhnya mahu melengkapkan pelajar muda daripada latar belakang kurang bernasib baik dengan kemahiran yang diperlukan untuk mengembangkan minat membaca dan menjadi pembaca yang mahir.

Selain itu, Kelab Pementoran Telok Blangah (TMC) dilancarkan pada 2021 semasa pandemik Covid-19 untuk menyokong belia yang berdepan dengan isu kesihatan mental.

TMC mempunyai kumpulan mentor yang terdiri terutamanya daripada penduduk Telok Blangah dari estet awam dan privet yang bersemangat untuk menyokong dan membimbing para belia ini.

Disasarkan kepada belia berusia 10 hingga 17 tahun, program bimbingan selama setahun itu melibatkan pasangan dua hingga tiga mentee dengan sepasang mentor sukarelawan.

Kelab Eko Telok Blangah Pulai (PEC) pula ialah inisiatif yang dipacu oleh penduduk yang bersemangat untuk meningkatkan kesedaran alam sekitar dan mewujudkan masyarakat sifar-sisa yang lebih hijau.

PEC mahu memberi tumpuan kepada tiga bidang iaitu meningkatkan kesedaran tentang pemuliharaan alam sekitar, mengurangkan sisa dan memperjuangkan pemeliharaan kawasan hijau dan badan air.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >