Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Perkukuh langkah sokongan, kelonggaran tambahan penting

Jan 08, 2022 | 05:30 AM



Satu semakan yang bertujuan mengkaji bagaimana untuk menyokong pelbagai keperluan dan aspirasi pelajar serta lulusan politeknik dan Institut Pendidikan Teknikal (ITE) telah mendapatkan  pandangan daripada lebih 2,000 pihak berkepentingan. Mereka yang termasuk pelajar, alumni, ibu bapa, pendidik dan majikan itu menyumbang pendapat kepada Semakan Peluang dan Laluan dalam Pendidikan Amali yang dipengerusikan Menteri Kedua Pendidikan, Dr Mohamad Maliki Osman, menerusi pelbagai sesi perbincangan fizikal dan di dalam talian. Semalam, Dr Maliki mengumumkan enam saranan yang telah dikemukakan hasil semakan tersebut. BERITA HARIAN melaporkan reaksi beberapa pihak berkepentingan terhadap saranan yang dikemukakan itu.



SEBAGAI seorang penyokong rakan sebaya atau peer supporter di Politeknik Nanyang, antara tugasnya adalah untuk melayan dan menjawab luahan hati rakan sekolah yang dikirimkan menerusi sebuah wadah dalam talian.



Melalui itu, Cik Nurul A'in Zaurin, 21 tahun, terdedah dengan pelbagai masalah yang membelenggu golongan belia, termasuk isu kesihatan mental.



Justeru, langkah Kementerian Pendidikan (MOE) untuk memperkukuh langkah sokongan bagi pelajar yang mempunyai keperluan lebih tinggi adalah sesuatu yang dialu-alu Cik Nurul A'in yang menuntut jurusan Pengajian Perniagaan.



Menurutnya, sokongan yang diberikan kepada pelajar amat penting kerana beliau menyedari bahawa ada dalam kalangan generasi muda kini yang takut untuk menyuarakan masalah mereka.



Antara yang bakal dilakukan politeknik dan Institut Pendidikan Teknikal (ITE ) adalah tutor peribadi pelajar akan dilengkapi dengan lebih baik untuk mengenal pasti tanda awal pelajar mengalami kesusahan. Ia juga akan menimbangkan menyediakan lebih banyak masa khusus bagi tutor peribadi berhubung dengan pelajar.



Menceritakan pengalamannya, Cik Nurul A'in berkata guru memainkan peranan penting dalam membangkitkan semangat pelajar.



Ketika beliau rasa bingung dalam membuat keputusan mahu menukar kursus daripada perakaunan ke pengajian perniagaan, gadis itu berkata pensyarahnya memberi beliau banyak sokongan.



"Pensyarah saya selalu menelefon untuk tanya khabar saya dan memastikan saya baik-baik sahaja.



"Jadi saya rasa pensyarah sebegitu sememangnya meninggalkan kesan positif ke atas diri pelajar dan memperkaya kehidupan pelajar," ujar anak bongsu tiga adik-beradik itu.



Ketika ditanya apakah saranan lain yang beliau turut alu-alukan, Cik Nurul A'in berkata ia adalah fleksibiliti tambahan bagi pelajar politeknik yang membolehkan mereka menyelesaikan pengajian buat tempoh melebihi tiga tahun.



Menurutnya, tidak semua pelajar mampu menyelesaikan pengajian diploma dalam waktu tiga tahun kerana ada yang perlu mengambil 'waktu rehat' disebabkan masalah peribadi mereka.



Dengan membolehkan pelajar menyelesaikan kurikulum dalam tempoh lebih tiga tahun, pelajar akan dapat memberikan yang lebih baik dalam akademik mereka.



"Ia tidak mudah untuk mendapatkan cuti ketidakhadiran dan selalunya, mereka yang mendapat cuti itu berdepan dengan isu kesihatan mental atau masalah kewangan. Disebabkan itu, terdapat stigma jika anda habis pengajian lebih lewat berbanding yang lain.



"Itu tidak sepatutnya terjadi.



"Dengan memudahkan pelajar menyelesaikan pengajian lebih daripada tiga tahun, lebih ramai pelajar boleh mengambil cuti untuk melakukan perkara lain supaya mereka bertenaga semula apabila kembali ke sekolah," kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >