BEBERAPA cabaran seperti ideologi radikal dan eksklusivisme boleh menjejas perpaduan sosial negara, justeru pelbagai masyarakat di sini harus memperkukuh hubungan demi perpaduan sesama warga.
Menyatakan demikian semalam, Timbalan Pengerusi Persatuan Rakyat (PA), Encik Chan Chun Sing, berkata usaha perlu dilaksanakan untuk menangani cabaran tersebut agar perpaduan sosial di kalangan masyarakat terjamin.