Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Perlindungan ketat tersedia apabila data jejak kontak digunakan polis: Desmond Tan

Feb 02, 2021 | 09:55 PM




HANYA pegawai polis kanan sahaja boleh meminta data daripada program penjejakan kontak negara untuk menyiasat jenayah serius.





Namum permintaan tersebut mesti diluluskan Jabatan Siasatan Jenayah (CID) polis.





Ini antara beberapa perlindungan yang disediakan untuk memastikan bahawa data yang dikumpulkan daripada program TraceTogether, SafeEntry dan Bluepass digunakan dalam siasatan polis hanya apabila benar-benar diperlukan.





Demikian kata Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri) Desmond Tan di Parlimen pada Selasa (2 Feb).





Encik Tan, yang bercakap semasa bahas untuk mengehadkan kuasa polis terhadap data sedemikian dalam Rang Undang-Undang Covid-19 (Langkah-Langkah Sementara) (Pindaan), menegaskan data yang dikumpulkan hanya boleh digunakan dalam siasatan jenayah melibatkan tujuh kategori jenayah serius.





Ini termasuk kesalahan yang serius atau menimbulkan ancaman langsung terhadap keselamatan atau keselamatan orang ramai, seperti penggunaan senjata api dan senjata berbahaya, keganasan, pembunuhan, kesalahan dadah yang membawa hukuman mati, penculikan dan pemerkosaan.





Encik Tan berkata hanya pegawai polis kanan yang sekurang-kurangnya berpangkat  inspektor boleh meminta untuk menggunakan data itu.





Sebagai langkah berjaga-jaga tambahan, semua data yang digunakan bagi tujuan siasatan polis akan disulitkan (encrypted) dan disimpan dengan amat ketat, dan hanya pegawai yang diberi kuasa akan dibenarkan melihatnya, kata Encik Tan, sambil menambah semua akses kepada data tersebut akan dijejak dan dicatat. - The Straits Times





Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >