Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Perlindungan, skop pampasan bagi pekerja platform adalah adil

Nov 30, 2022 | 05:30 AM



LANGKAH menyediakan pekerja platform dalam talian tahap dan skop pampasan kecederaan di tempat kerja yang sama seperti pekerja lain di bawah Akta Pampasan Kecederaan di Tempat Kerja (Wica) adalah adil bagi kedua-dua syarikat dan pekerja platform, kata Menteri Negara Kanan (Kemampanan dan Sekitaran merangkap Tenaga Manusia), Dr Koh Poh Koon.



Ini kerana pekerja platform, termasuk pemandu teksi, pemandu kereta sewa privet dan pekerja penghantaran yang menggunakan aplikasi dalam talian, menerima perlindungan kecederaan yang sama seperti pekerja lain yang terdedah kepada risiko pekerjaan serupa seperti pekerja dalam sektor, contohnya logistik.



Bagi syarikat platform pula, mereka hanya perlu menyediakan perlindungan kepada pekerja sekiranya pekerja itu mengalami kecederaan semasa bekerja.



Dr Koh berkata demikian sebagai respons kepada soalan susulan Dr Tan Wu Meng (GRC Jurong) di Parlimen semalam, yang bertanya mengapa syarikat insurans dan syarikat platform tidak menyarankan untuk menggunakan insurans sedia ada seperti yang dicadangkan Persatuan Insurans Umum Singapura (GIA).



GIA telah mengutarakan keprihatinannya mengenai rancangan Singapura memperkenalkan insurans perlindungan pekerja untuk pekerja platform di bawah Wica menyusuli pengumuman saranan Jawatankuasa Penasihat bagi Pekerja Platform minggu lalu.



Jawatankuasa itu, antara lain, memerlukan insurans pekerja platform meliputi tiga bidang sama di bawah Wica - perbelanjaan perubatan, kerugian pendapatan dan pampasan sekali gus untuk kehilangan upaya kekal atau kematian.



Ia juga menyarankan bagi syarikat platform membuat pampasan berdasarkan pendapatan keseluruhan pekerja, selepas ditolak perbelanjaan, merentas semua platform dalam sektor di mana kecederaan dialami.



Daripada menggunakan rangka kerja Wica, GIA telah menyarankan agar pekerja platform dilindungi melalui huraian yang tersedia, terutamanya MediShield Life, insurans cuti perubatan berpanjangan (PML) dan insurans kemalangan peribadi kumpulan.



Dr Koh berkata polisi insurans sedemikian menyediakan perlindungan 24/7 dan pampasan, tidak kira sama ada kecederaan berlaku semasa bekerja atau tidak.



Ia juga menggunakan bayaran tetap tidak seperti mekanisme Wica, di mana jumlah pampasan berbeza diberi berdasarkan pendapatan keseluruhan pekerja.



"Meskipun kami mengalu-alukan syarikat platform untuk pergi lebih jauh dengan menyediakan perlindungan 24/7 untuk pekerja mereka, pemerintah tidak seharusnya meminta mereka menyediakan perlindungan untuk kecederaan yang bukan akibat kerja.



"Begitu juga, adalah tidak wajar untuk memberikan bayaran tetap kepada pekerja platform yang cedera, memandangkan pekerja platform adalah kumpulan yang sangat pelbagai, daripada mereka yang terlibat dalam kerja platform kasual, mungkin jarang-jarang dan beberapa jam setiap hari, kepada mereka yang berbuat demikian setiap hari," kata Dr Koh.



Beliau berkata saranan jawatankuasa itu bagi pampasan berbeza-beza berdasarkan pendapatan pekerja, dalam cara sama yang dilakukan di bawah Wica hari ini, adalah adil kerana jumlah pampasan bergantung pada tahap pendapatan yang hilang disebabkan kecederaan.



Tambahnya, melalui pendekatan bersama syarikat insurans, langkah menawarkan insurans PML dan insurans kemalangan peribadi kumpulan pada tahap perlindungan sama seperti Wica akan mengakibatkan premium insurans lebih tinggi bagi syarikat platform berbanding polisi insurans berdasarkan pendekatan yang disarankan jawatankuasa itu.



Dr Koh turut memberi jaminan bahawa Kementerian Tenaga Manusia (MOM) akan memastikan syarikat tidak salah mengklasifikasikan pekerja untuk mengelak syarat di bawah Wica.



Beliau menambah bahawa satu lagi aspek penting Wica di bawah rangka kerja undang-undang adalah terdapat mekanisme ditetapkan di mana syarikat dan pekerja yang membantah penilaian syarikat insurans terhadap tuntutan boleh memfailkan pertikaian.



"MOM akan menyelia proses penyelesaian pertikaian untuk membuat keputusan dan menyelesaikan tuntutan. Ini memastikan tuntutan diselesaikan secara adil mengikut rangka kerja Wica, tanpa prejudis kepada syarikat atau pekerja," kata Dr Koh.



PARLIMEN




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >