Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Perlu kerjasama antarabangsa untuk tangani penipuan: Sun Xueling

Jun 13, 2023 | 04:04 PM



Unit anti-penipuan perlu ditubuhkan di negara berbeza untuk memerangi sindiket penipuan rentas negara dan mendapatkan semula hasil yang telah dipindahkan merentasi sempadan.

Berucap semasa upacara pembukaan Persidangan Anti Penipuan Serantau 2023 di Kompleks Cantonment Polis pada Selasa, Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga), Cik Sun Xueling, berkata apabila hasil penipuan dipindahkan merentasi sempadan, penguatkuasaan menjadi sangat sukar.

“Bagaimanapun, jika setiap negara mempunyai unit komand anti-penipuan yang setara, dengan usaha campur tangan dapat segera diambil untuk menjejaki aliran masuk hasil penipuan dan membekukan akaun bank penipu dengan cepat, maka usaha bersama kita untuk mendapatkan semula hasil penipuan dapat banyak dipertingkat,” ujarnya.

Tambahnya, Singapura telah menubuhkan Komand Anti-Penipuan pada 2022.

Cik Sun berkata unit seperti itu boleh bekerjasama dengan rakan sejawat mereka dari luar negara dengan berkongsi maklumat, menyelaras penjejakan dana rentas sempadan dan membekukan akaun bank yang terlibat dengan penipuan.

“Walaupun kita tidak boleh mendapatkan semula wang yang terlibat dalam penipuan itu sepenuhnya, kita boleh menjadikannya sukar bagi penipu untuk melakukan penipuan.

“Dengan membekukan akaun bank ini, kita dapat menghalang penipu daripada menggunakan hasil penipuan ini bagi pemindahan wang secara terlarang, untuk diedarkan dalam sistem dan untuk menggandakan operasi mereka,” katanya.

Persidangan itu berlangsung dari Selasa hingga Khamis.

Dianjurkan Pasukan Polis Singapura (SPF) dengan kerjasama Direktorat Kerjasama Keselamatan Antarabangsa Kedutaan Perancis di Singapura, acara itu turut dihadiri wakil dari sekurang-kurangnya 15 negara termasuk Indonesia, Malaysia, Perancis, Australia dan Amerika Syarikat.

Agensi penguatkuasaan undang-undang lain yang hadir di persidangan tersebut termasuk Interpol dan Aseanapol.

Menarik perhatian perangkaan Perikatan Anti Penipuan Sedunia, Cik Sun berkata sekitar AS$55.3 bilion ($74.2 bilion) hilang akibat penipuan di seluruh dunia pada 2021.

Dengan penipuan yang bersifat teratur dan rentas negara serta skalanya yang besar, beliau berkata Singapura harus bekerjasama dengan rakan-rakan sejawat dari luar negara untuk mencapai kesan maksimum.

Tambahnya, kerjasama sedemikian antara SPF dengan agensi penguatkuasaan undang-undang luar negara sebelum ini telah menyebabkan enam sindiket penipuan berhubung pekerjaan, tiga sindiket penipuan melibatkan penyamaran pegawai pemerintah, dua sindiket penipuan pancing data atau phishing dan dua sindiket penipuan cinta Internet berjaya ditumpaskan.


“Lebih 70 orang yang berpangkalan di luar negara dan bertanggungjawab bagi lebih 280 kes penipuan telah ditangkap,” ujar Cik Sun.

Menyifatkan kaedah yang digunakan sindiket penipuan sebagai kejam, beliau berkata kesannya lebih daripada kerugian kewangan dan trauma emosi, bahkan juga meragut nyawa mangsa.

Dalam ucapannya, Cik Sun juga meminta agar norma antarabangsa ditetapkan, termasuk piawaian asas bagi pihak berkepentingan yang berbeza dalam industri seperti syarikat telekomunikasi, wadah dalam talian dan institusi kewangan.


Piawaian ini bertujuan menggalak mereka memainkan peranan yang sewajarnya dalam usaha memerangi penipuan.


Tambahnya, Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) bekerjasama dengan pihak berkepentingan industri pada 2021 untuk menyemak garis panduan bagi urus niaga e-dagang.


“Garis panduan ini termasuk menggalak peniaga e-runcit dan pengantara di dalam talian untuk mengambil langkah yang dapat meningkatkan pengesahan peniaga, memperbaiki keselamatan urus niaga dan membantu penguatkuasaan terhadap penipuan,” kata Cik Sun.


Namun, penipu juga menggunakan strategi baru, seperti penggunaan teknologi termasuk kecerdasan buatan dan ‘deepfake’.


Untuk memantau ancaman ini dan membangunkan cara untuk mengatasinya, Cik Sun berkata agensi penguatkuasaan undang-undang perlu bekerjasama dengan institut penyelidikan, agensi pemerintah yang relevan serta pengamal pasaran.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >