Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PAMERAN SENI SERAMIK RINDU DI GALERI NASIONAL SG

Perlu lebih banyak usaha masyarakat bantu anak muda jauhi dadah: Faishal

Dec 11, 2021 | 05:30 AM



LEBIH banyak harus diusahakan Singapura sebagai sebuah masyarakat untuk membantu golongan muda, dengan menyediakan pilihan lebih baik dari segi laluan bagi mereka ambil dan menjauhi dadah.



Menyatakan demikian, Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim, mengingatkan mengenai bahaya dadah yang boleh memerangkap belia.



Berucap di pelancaran pameran seni seramik Rindu di Galeri Nasional Singapura kelmarin, Dr Faishal melahirkan keprihatinannya tentang jumlah ketara penyalah guna dadah berusia bawah 30 tahun yang ditangkap setiap tahun.



"Hampir setiap hari, saya mendekati bekas pesalah untuk mendapatkan mereka berkongsi mesej dengan rakan-rakan mereka agar jauhkan diri daripada dadah.



"Baru semalam, saya menerima mesej di Instagram saya daripada seorang yang dibebaskan dua bulan lalu, tetapi memerlukan bantuan. Mereka tampil (untuk mendapatkan bantuan), tetapi kami juga perlukan orang ramai untuk mendekati mereka," katanya.



Pameran itu, anjuran Dana Pendidikan Harun Ghani (HGEF) dengan kerjasama Ray of Hope dan Galeri Nasional Singapura, menampilkan 65 karya seni oleh anak pesalah dadah. Karya itu dihasilkan dalam satu bengkel seramik bagi pelajar dermasiswa HGEF pada 2019 bagi menggalak mereka melahirkan perasaan dan pandangan serta meningkatkan keyakinan diri.



Pameran itu bertujuan meningkatkan kesedaran dan pemahaman tentang kehidupan rumit yang dialami kanak-kanak itu. Dr Faishal berkata adalah penting memastikan sokongan diberi kepada anak pesalah sedang ibu bapa mereka berada dalam penjara.



"Ini agar anak-anak itu mempunyai peluang seperti anak-anak lain meskipun ketiadaan beberapa aspek pembangunan mereka. Ini khususnya pembangunan sosial dan emosi mereka, yang mungkin terjejas jika mereka tidak didekati," kata beliau.



Setiausaha kehormat HGEF, Cik Haslinda Putri Harun, berkata 65 karya seni itu menampilkan 65 kisah berbeza oleh anak pesalah dadah, penjaga mereka dan relawan.



"Setiap karya buatan tangan bukan sekadar seni. Ia adalah manifestasi perasaan cinta dan kerinduan terdalam seorang anak itu - Rindu.



"Ada memilih mencipta karya seni untuk mengenang ibu atau bapa, yang lain pula meraikan cinta," kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >