Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Perlu pergiat usaha galak wanita kembali bekerja: Rahayu

Jun 19, 2021 | 05:30 AM



USAHA menggalak lebih ramai wanita Melayu kembali bekerja perlu dipertingkat kerana ini dapat mengukuhkan pendapatan dan memperluas peluang keluarga, kata Setiausaha Parlimen (Kesihatan merangkap Perhubungan dan Penerangan), Cik Rahayu Mahzam.



Beliau juga berkata lebih banyak dialog dan perbincangan topik berkaitan wanita dan pekerjaan perlu diadakan untuk mengubah pemikiran serta stereotaip terhadap peluang serta pencapaian wanita.



Menyentuh tentang dapatan Banci Penduduk 2020 berkaitan penyertaan wanita dalam pekerjaan, Cik Rahayu berkata meskipun peratusan wanita bekerja meningkat secara keseluruhan di Singapura berbanding sedekad lalu, jumlah pekerja wanita Melayu berkurangan, terutama dalam kumpulan umur 25 hingga 39 tahun.



"(Dapatan ini) menunjukkan bahawa mereka cenderung berhenti kerja setelah mempunyai keluarga sendiri.



"Untuk itu, kita ingin galakkan lebih ramai bekerja kerana ini dapat mengukuhkan lagi pendapatan keluarga, langsung membuka lebih banyak peluang lebih baik untuk keluarga," ujar beliau.



Cik Rahayu berkata wanita mempunyai pelbagai keupayaan dan kemahiran yang boleh disumbang kepada masyarakat meskipun selepas mereka berkeluarga sendiri.



Peratusan wanita Melayu yang bekerja sebelum usia 25 tahun pula lebih tinggi berbanding masyarakat lain, dan ini menimbulkan kebimbangan, tambah beliau.



"Data menunjukkan kadar penyertaan tinggi dalam tenaga kerja dalam kalangan wanita Melayu berusia 25 tahun ke bawah, dan ini menunjukkan bahawa mereka terpaksa keluar lebih awal daripada sistem pendidikan dan ini satu isu yang perlu kita atasi," ujar Cik Rahayu.



Antara satu usaha yang sedang dijalankan dengan tumpuan membantu wanita kembali bekerja ialah program Wanita Kembali Bekerja atau Back-To-Work Women (BWW) anjuran Mendaki Sense.



Program BWW bertujuan memudahkan wanita kembali bekerja, melengkapkan peserta dengan kemahiran bersedia kerjaya, dan menghubungkan mereka dengan industri pengambilan pekerja.



Matlamat program itu ialah memberi tumpuan pada melengkapkan wanita dengan kemahiran yang relevan dan membantu mereka membina keyakinan dalam kehidupan profesional mereka.



Seramai 150 wanita menyertai program itu sejak Julai tahun lalu, dan 1,300 wanita telah meraih manfaat daripada program Mendaki Sense untuk membantu wanita kembali bekerja.



Cik Rahayu turut menyeru masyarakat agar mengubah pemikiran tentang wanita dan pekerjaan.



"Isu ini juga bergantung pada cara kita berfikir dan juga stereotaip dalam masyarakat yang perlu diubah.



"Kita perlu mengadakan dialog dan perbincangan yang boleh mendorong wanita melihat peluang tersedia supaya mereka dapat bertindak dengan lebih baik."




"Kita ingin galakkan lebih ramai bekerja kerana ini dapat mengukuhkan lagi pendapatan keluarga, langsung membuka lebih banyak peluang lebih baik untuk keluarga... Isu ini juga bergantung pada cara kita berfikir dan juga stereotaip dalam masyarakat yang perlu diubah. Kita perlu mengadakan dialog dan perbincangan yang boleh mendorong wanita melihat peluang tersedia supaya mereka dapat bertindak dengan lebih baik."
- Cik Rahayu Mahzam, Setiausaha Parlimen (Kesihatan merangkap Perhubungan dan Penerangan).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >