Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Perlu sentiasa berjaga-jaga bagi pastikan keselamatan

Jun 23, 2019 | 05:30 AM



BELIAU bergantung pada alat mobiliti peribadinya (PMD) untuk mencari rezeki setiap hari sejak empat tahun lalu.



Maka tidak hairanlah jika Encik Shahful Kamalrulzaman Ahamad, 35 tahun, telah melalui pelbagai pengalaman pahit dan manis sebagai pengguna PMD di sini.



Namun, menurut penghantar makanan itu, pengalaman ini telah mengajarnya agar sentiasa berjaga-jaga dan bersikap tenang semasa menggunakan PMD demi keselamatan orang di kelilingnya dan dirinya.



"Semasa saya gunakan PMD di laluan pejalan kaki dan saya nampak ada orang di depan saya, dari jauh saya akan bunyikan loceng tapi kadang-kadang mereka tak dengar, mungkin kerana khusyuk gunakan telefon bimbit atau dengar muzik. Jadi saya akan perlahankan PMD saya dan apabila sudah berada sebelah mereka, saya akan katakan 'excuse me' (tumpang lalu).



"Ada juga yang tak happy dan apabila ada yang nak cari gaduh, saya cuba tenangkan diri. Dalam kes lebih serius, saya hubungi polis," ujar bapa seorang anak itu.



Bagi Encik Shahful, sikap tenang dan bertolak ansur semasa menggunakan PMD amat penting selain sentiasa berhati-hati bagi mengelak daripada kejadian yang tidak diingini.



Meskipun terdapat pelbagai laporan media kebelakangan ini tentang kemalangan melibatkan PMD, Encik Shahful juga berkata beliau pernah melalui pengalaman manis sebagai pengguna PMD di sini.



Ini termasuk apabila pengguna jalan lain seperti pemandu dan pejalan kaki memberi laluan kepadanya.



Encik Shahful amat mementingkan isu keselamatan semasa menggunakan PMD ini sehingga beliau menubuhkan satu kumpulan pengguna PMD yang dinamakan The Brotherhood Scooterz dua tahun lalu.



Kumpulan itu kini dianggotai sekitar 40 pengguna PMD dan basikal elektrik yang berusia antara 18 dengan 65 tahun dari seluruh Singapura.



Mereka kerap bertemu antara lain untuk membincangkan tentang isu keselamatan yang mereka hadapi serta peraturan yang mereka harus patuhi.



Menurut Encik Shahful, mereka juga sering menyumbang semula kepada masyarakat, khususnya golongan yang memerlukan, pada masa lapang.



Sebagai contoh, mereka melawat rumah anak yatim untuk meluangkan masa dengan penghuninya dan menghantar makanan kepada keluarga susah semasa Ramadan.



Mereka juga mendekati individu yang tiada tempat berteduh apabila menunggang PMD mereka bersama selepas tengah malam dan jika perlu, mereka mengambil butiran individu ini dan merujukkan mereka kepada pertubuhan yang boleh menawarkan bantuan.



Akur dengan reputasi buruk yang biasanya dikaitkan dengan pengguna PMD, Encik Shahful berkata beliau dan teman-temannya juga ingin melakukan sesuatu yang berfaedah bagi masyarakat dan menunjukkan bahawa tidak semua pengguna PMD itu tidak mengikut peraturan.



"Bagi pengguna PMD seperti saya, alat ini memberi saya kemudahan untuk mudah ke mana-mana dan saya gunakannya untuk mencari rezeki.



"Tapi saya juga pernah melihat sesetengah pengguna PMD yang menunggang dengan semberono dan laju sehingga langgar orang dan mereka langsung tak berhenti untuk minta maaf. Pengguna PMD seperti inilah yang harus ditangkap pihak berkuasa kerana mereka memberi reputasi buruk kepada pengguna PMD lain," ujarnya.




"Bagi pengguna PMD seperti saya, alat ini memberi saya kemudahan untuk mudah ke mana-mana dan saya gunakannya untuk mencari rezeki. Tapi saya juga pernah melihat sesetengah pengguna PMD yang menunggang dengan semberono dan laju sehingga langgar orang dan mereka langsung tak berhenti untuk minta maaf."
- Encik Shahful Kamalrulzaman Ahamad, yang menggunakan PMD bagi menghantar makanan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >