Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAJIAN KHAS HARI INI: SOROTON ISU

Perlu teguh lalui perjalanan hingga capai matlamat henti merokok

May 17, 2022 | 05:30 AM



TERTEKAN dengan ajakan rakan sebayanya, Encik Muhammad Nuur Syafiq Mohamed menyalakan rokok pertamanya ketika beliau masih di sekolah menengah.



Bila Encik Syafiq memulakan tabiat merokok beliau hanya menghisap sebatang rokok sehari. Namun, apabila anak muda itu mula ketagih merokok, beliau menghisap sekotak rokok dalam dua hari.



Menghabiskan lebih daripada $100 setiap minggu membeli rokok, Encik Syafiq berkata beliau mula menyedari bahawa ia secara perlahan-lahan menjadi beban kewangan kepada dirinya.



Ingin memupuk tabiat menabung untuk masa depan, Encik



Syafiq memutuskan untuk hentikan tabiat merokoknya melalui program 'I Quit' Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB).



"Apabila saya mula merokok, saya tidak sangka yang saya akan mengalami tabiat buruk merokok.



"Daripada merokok sebatang tiba-tiba perlahan-perlahan ia menjadi ketagihan.



"Apabila saya mula membeli 10 kotak rokok setiap minggu dan melihat berapa banyak yang saya belanja untuk merokok, saya mula berfikir tentang bagaimana wang simpanan saya 'hilang' begitu saja," kata beliau yang berusia 26 tahun.



Menurutnya, sebelum menyertai program 'I Quit', beliau pernah mencuba sebanyak sembilan kali untuk berhenti merokok tetapi tidak mendatangkan hasil.



Namun, ketika dihubungi Berita Harian(BH), Encik Syafiq berkata datuknya turut menjadi sebab beliau berhenti merokok.



"Atuk saya adalah perokok yang tegar juga, tetapi apabila beliau jatuh sakit sehingga perlu dibawa ke doktor kerana sesak nafas, saya terbayang mungkin ini akan terjadi kepada saya sekiranya saya terus merokok," ujarnya.



Selepas kejadian itu beliau benar-benar berazam berhenti merokok dan merubah kehidupannya.



Ketika melalui program itu, anak sulung dalam keluarga tiga beradik itu berkata perjalanannya agak mencabar tetapi program tersusun HPB ini banyak membantunya berfikir tentang niatnya untuk berhenti merokok.



Menerima mesej harian daripada program itu, Encik Syafiq berkata beliau banyak menerima kata-kata perangsang serta mempelajari tip tentang apa yang beliau dapat lakukan untuk elakkan daripada merokok.



Pada masa yang sama, program tersebut menjadualkan seorang rakan berhenti merokok untuk bertanya khabar dan membimbingnya mengatasi cabaran yang dihadapinya sepanjang program enam bulan itu.



"Apabila saya mendaftarkan diri untuk program ini, saya tidak memberitahu siapa pun yang saya ingin berhenti merokok. Saya ketika itu ingin mencabar diri sendiri, tetapi kadangkala bukan mudah.



"Dengan adanya bimbingan seorang rakan berhenti merokok, saya ada juga orang untuk berkongsi masalah saya dan dapatkan tip supaya proses berhenti merokok saya berjalan dengan lancar," kata beliau yang bekerja dalam industri penerbangan sebagai eksekutif kargo.



Sejak menjalani program tersebut, Encik Syafiq kekal bebas rokok dan telah menemui hobi baru seperti membaca dan melabur.



"Memang mencabar pada awalnya.



"Tetapi anda harus berdiri teguh dan teruskan perjalanan itu sehingga anda mencapai tujuan untuk berhenti merokok," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >