Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

KITAR SEMULA DI SINGAPURA: CATATAN WARTAWAN

Perlu terap konsep 3R dalam tabiat seharian

May 20, 2023 | 05:30 AM



WALAUPUN pelbagai usaha telah dilakukan pemerintah untuk menggalakkan orang ramai agar mempunyai kesedaran eko yang lebih tinggi, mengapakah ia belum mencapai kejayaan yang diharapkan?



Melihat kadar kitar semula domestik yang terus merosot, saya hanya dapat merenung apakah sebenarnya yang menjadi penghalang untuk kita menguruskan sisa-sisa buangan dengan betul.



Ilmu perubahan iklim, 3R (Reduce, Reuse and Recycle, atau Kurangkan Penggunaan, Gunakan Semula, dan Kitar Semula) bukanlah konsep baru di sini.



Kesedaran orang ramai mengambil beberapa langkah mesra alam seperti menggunakan tong sampah biru untuk membuang barang-barang yang boleh dikitar semula dan menggunakan beg yang boleh diguna semula untuk ke pasar semakin terserlah. Bahkan semakin ramai yang dilihat berusaha untuk kitar semula atau menggunakan semula barangan yang sedia ada untuk peningkatan kegunaan.



Namun, mengurangkan penggunaan adalah satu lagi cara yang harus diberi tumpuan.



Menurut Profesor Madya Md Saidul Islam, Pusat Pengajian Sains Sosial di Universiti Teknologi Nanyang (NTU), konsep kurangkan penggunaan sejauh ini belum begitu ditekankan berbanding dengan penggunaan semula dan kitar semula.



"Walaupun konsumerisme hijau menyokong penggantian pakai buang sekali dengan boleh guna semula, ia tidak begitu berkesan," katanya.



Dengan dasar Green Fence China, permintaan pasaran global untuk kitar semula plastik telah merosot.



Namun, beliau berkata disebabkan Singapura tidak mempunyai industri kitar semula yang maju, kita mungkin menghadapi cabaran dalam pemprosesan domestik.



"Oleh itu, dasar harus memberi tumpuan kepada mengurangkan tahap penggunaan secara keseluruhan dan sebaliknya mengambil berat tentang sisa yang dihasilkan," jelas Dr Saidul.



Baru-baru ini, Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) melaporkan sisa yang dijana oleh sektor bukan domestik dan domestik kededuanya meningkat berbanding 2021 daripada 5.12 juta tan dan 1.82 juta tan masing-masing pada 2021, kepada 5.53 juta tan dan 1.86 juta tan masing-masing pada 2022.



Kata ahli lembaga Persatuan Kitar Semula Plastik Singapura, Profesor Seeram Ramakrishna, peningkatan sisa ini boleh dikaitkan dengan pandemik Covid-19 di mana orang ramai menggunakan lebih banyak plastik sekali guna.



Namun, ketika Singapura beralih kepada era pasca pandemik, Dr Ramakrishna menarik perhatian bahawa terdapat keperluan untuk terus mendidik orang awam tentang mengurangkan sisa dan mengitar semula dengan cara yang betul.



"Orang ramai di sini mungkin tidak biasa melakukannya.



"Jika mereka pelajari dan secara aktif mengurangkan sisa dan juga kitar semula, saya rasa sebagai masyarakat kita dapat menghasilkan sisa yang lebih kurang dengan menggunakan semula.



"Apabila ia menjadi tabiat, mereka akan teruskan melakukan dan ini akan melengkapkan usaha pemerintah yang sedia ada," jelasnya.



Sejujurnya, meskipun saya tahu tentang 3R ketika saya membesar, ia bukan sesuatu yang saya praktikkan dulu.



Namun, secara perlahan-lahan saya dan keluarga saya kini berjinak-jinak melakukannya.



Botol minuman, balang gelas, tin makanan dan surat khabar kini semua dikitar semula dalam isi rumah saya.



Mungkin pada awalnya mencuci barangan yang ingin dikitar semula 'leceh' atau tersalah kitar semula sisa.



Kami sekeluarga sebanyak mungkin menyemak semula bahan yang kita ingin kitar semula sebelum membawanya kepada tong sampah biru di bawah kolong blok.



Dengan usaha isi rumah saya sahaja, kadar kitar semula domestik tidak akan berubah banyak.



Mengurangkan sisa dan kitar semula ini merupakan usaha setiap isi rumah dan seluruh masyarakat.



Dengan menggembleng tenaga bersama, kita bersama-sama dapat menyumbang kepada Singapura yang lebih hijau dalam masa akan datang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >