Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PENGUNJUNG KE NEGARA LAIN

Perlu ubah jadual penerbangan bagi jalani majlis perkahwinan

Nov 30, 2021 | 05:30 AM



APABILA saja menerima berita bahawa kunjungannya ke Australia perlu menjalani kuarantin selama tiga hari gara-gara penularan varian Omicron, Encik Muhammad Rasydan Muhammad Raziff segera mengubah jadual penerbangannya.



Pemuda berusia 31 tahun itu dijadual melangsungkan perkahwinan di Melbourne pada 11 Disember dan pada awalnya merancang berangkat dari Singapura pada 8 Disember ini.



Kini semua pelawat antarabangsa yang menuju ke Australia perlu menjalani kuarantin selama 72 jam, berkuat kuasa kelmarin (28 November) akibat varian baru Omicron.



Dengan peraturan ini, bermakna Encik Rasydan tidak sempat menghadiri majlis perkahwinannya jika kekal berangkat pada tarikh yang telah ditetapkan.



"Saya menerima berita kuarantin ini daripada keluarga yang menetap di Melbourne pada malam Sabtu.



"Tanpa berlengah, pada keesokan paginya, saya tukar jadual penerbangan pada 5 Disember, tiga hari lebih awal.



"Jadi rancangan saya yang lain di sana tidak terganggu," jelas beliau yang bekerja sebagai penghantar makanan dalam satu panggilan bersama Berita Harian.



Bakal pengantin itu akan berijab kabul dengan seorang warga Malaysia, Cik Nurliyana Khairudin, yang menetap di sana.



Beliau akur bahawa beliau tidak menyangka ini akan berlaku tetapi demi keselamatan dan untuk mencegah penularan varian baru ini, beliau memahami keadaan.



"Saya harus bayar perbezaan harga penerbangan. Mujur, saya mendapat tahu awal dan membuat perubahan secepat mungkin.



"Jika tidak, mungkin juga nanti harga tiket pesawat akan lebih tinggi apabila terlalu dekat dengan tarikh keberangkatan," tambah anak kedua dari keluarga tiga beradik itu.



Encik Rasydan akan berangkat ke Melbourne bersama kedua ibu bapanya pada 5 Disember ini.



Menurutnya, wang perbelanjaan bagi tiket penerbangan dengan jadual perubahan bagi mereka bertiga berharga lebih $3,000, termasuk insurans.



Selain itu, Encik Rasydan juga turut berkongsi cabaran lain yang beliau alami.



Katanya: "Oleh kerana kami sekarang akan berangkat pada tarikh yang lebih awal, ini bermakna janji temu kami untuk ujian PCR (ujian tindak balas rantaian polimerase) juga harus diubah.



"Namun sukar menukar tarikh kerana mereka berkata semua slot sudah penuh.



"Saya diberitahu supaya cuba datang langsung sahaja ke klinik dan menunggu giliran."



Di samping itu, Encik Rasydan juga harus membuat pertukaran kepada tarikh insuransnya.



"Dengan sekatan peraturan baru ini, memang banyak perubahan yang harus dilakukan.



"Tetapi saya sudah bersedia jika ada perubahan lagi yang harus saya lakukan, terutama yang melibatkan kewangan.



"Saya juga sudah bersedia menampung perbelanjaan tambahan jika perlu," katanya lagi.



Encik Rasydan juga berharap agar beliau dan keluarga tidak akan dikenakan sebarang peraturan sekatan baru setibanya di Australia nanti.




APA YANG PERLU DILAKUKAN JIKA VTL DIBATALKAN



Apakah yang perlu dilakukan jika individu sudah merancang menggunakan VTL dan skim tersebut dibatalkan atau ditangguhkan?



  • Menurut laman SafeTravel (https://safetravel.ica.gov.sg), semua orang yang berangkat dari Singapura, termasuk pengguna VTL harus memeriksa dengan pihak berkuasa negara destinasi mengenai peraturan terbaru yang dikenakan.

  • Mereka yang mahu pulang ke Singapura juga tertakluk kepada peraturan sedia ada, termasuk peraturan untuk kuarantin jika ada. Maklumat lanjut di https://safetravel.ica.gov.sg/arriving/overview.

  • Meskipun VTL dibatalkan, individu masih boleh pulang ke Singapura selagi ada penerbangan masuk ke negara ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >