Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Perlu usaha kolektif tangani isu perubahan iklim

Aug 24, 2022 | 05:30 AM



USAHA Singapura bagi menangani isu perubahan iklim dan mencapai ekonomi kitaran pelepasan sifar bersih tidak boleh dicapai menerusi usaha pemerintah sahaja.



Sebaliknya, ia memerlukan usaha kolektif oleh pihak berkepentingan.



Ini termasuk pemilik perniagaan, pekerja, pertubuhan bukan pemerintah (NGO) dan juga ahli orang umum serta para individu, kata Menteri Kemampanan dan Sekitaran, Cik Grace Fu (gambar) dalam ucapannya semasa acara Anugerah Pencapaian Sekitaran Singapura (SEAA) semalam.



Cik Fu berkata kepada hadirin acara itu bahawa terdapat potensi besar pemimpin perniagaan untuk mempengaruh, memajukan dan menyumbang dengan ketara terhadap kemampanan negara.



Terdapat 12 majikan penerima anugerah berkenaan yang digelar sebagai contoh perniagaan yang telah bertindak bagi menangani isu perubahan iklim daripada pelbagai industri.



Antaranya ialah pembangun hartanah Keppel Land, yang telah memacukan pelbagai huraian menjimatkan ruang reka bina perbandaran serta inovatif yang juga mesra alam.



"Saya menggalak anda untuk membawa ke depan isu kemampanan dalam kalangan perbincangan orang umum, dan menghasilkan cadangan atau komitmen yang konkrit untuk memacukan agenda kemampanan secara aktif," katanya.



Cik Fu turut merujuk kepada latihan Forward Singapura dipimpin oleh Timbalan Perdana Menteri Encik Lawrence Wong yang dilancar lewat Jun lalu.



Cik Fu berkata ia adalah satu wadah di mana setiap individu di Singapura boleh bekerjasama dan mencapai matlamat visi Singapura yang mampan pada masa depan.



"Jika kami inginkan Singapura terus menjadi lebih mesra alam dan selesa untuk hidup, apa yang kami akan menyumbang untuk berbuat demikian - sebagai individu, pemilik perniagaan, pekerja, NGO dan ahli masyarakat," katanya.



Beliau juga menambah usaha menangani isu perubahan iklim semakin mendesak kerana ia adalah antara ancaman terbesar yang dialami seluruh dunia.



Ini termasuk cuaca semakin ekstrim, sungai semakin kering, dan kekerapan banjir berlaku di kawasan dekat persisiran di pelbagai negara.



Di Singapura pula, ia mengalami suhu cuaca rekod tinggi dan hujan lebat semakin kerap.



"Kesan perubahan iklim termasuk kesan pandemik Covid-19 dan ketegangan geopolitik turut telah mengganggu pengeluaran makanan dan rantaian bekalan sedunia," kata Cik Fu.



Meskipun cabaran itu agak besar, Cik Fu berkata Singapura komited mempercepatkan usaha bagi mencapai masa depan pengeluaran karbon rendah, sambil merujuk kepada Pelan Hijau Singapura yang dilancar tahun lalu.



"Kejadian berkait perubahan iklim yang berlaku di seluruh dunia baru-baru ini, mengingatkan kami bahawa jendela untuk bertindak bagi menangani isu itu semakin mendesak, dan kami tidak mempunyai banyak masa.



"Kami harus melakukan tindakan yang berani dan menangani krisis iklim dan membina sebuah Singapura mampan bagi generasi masa depan," tegas Cik Fu lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >