PUSAT pengkajian Al-Quran yang menyediakan tafsiran terkini secara analitik, tematik atau saintifik, dan berkembang mengikut konteks masa kini serta peredaran zaman perlu diwujudkan.
Mufti Dr Mohamed Fatris Bakaram berkata pengkajian sedemikian perlu dibangun dan diperluaskan bagi menyajikan tafsiran masa kini yang dapat menangani isu-isu kontemporari.